Sweet Heart

Wednesday, February 7, 2018

Saya suka kucing


Assalamualaikum..gambar ni tahun lepas punya..banyak sgt simpan dalam fon..risau plak takut berat fon..jadi mama simpan sini je lah sebagai kenang kenangan di masa akan datang..nak main kucing betul x boleh sebab budak2 ni alah dengan bulu kucing..jadi main dengan patung kucing pun jadi lah..siap bagi makan biskut kucing tu 😅😅.

Thursday, January 25, 2018

Suratan dan kebetulan..

  Hari ni 25.1.2018, pada 25.12.2017 sebulan yang lalu nenek sakit tenat,26.12.2017 nenek telah pergi buat selama lamanya..sebulan aku kumpul segala kekuatan untuk aku menulis disini..mengabadaikan cerita ku disini..agar suatu hari nanti bila anak2 aku dah besar mereka boleh baca kisah moyang mereka yang kami sayangi..agar mereka tak akan pernah melupakan dengan sentiasa panjatkan doa buat rohnya disana..
  Tanggal 25.12.2005 ialah tarikh mama papa di ijabkabulkan,26.12.2005 berlangsungnya majlis perkahwinan mama dan papa dan sekarang sudah 12 tahun..siapa sangka tarikh yang sama tahun 2017 nenek telah pergi mengadap illahi.
  Pada hari tersebut tahun 20papa perlu menghadiri hari sukan di tempat kerja papa di pulau pinang,kami buat keputusan untuk ikut sekali,lagipun sudah lama kami x bercuti sekeluarga..pagi 25.12.2017 kami bertolak..tengahari sampai sana,check in hotel,pusing2 bawak anak2 berjalan,pukul 4.51 ptg aku menerima whatssap dari emak saudara menyatakan nenek di hospital di unit kecemasan zon merah..aku mula rasa tak sedap hati,doktor buat pemeriksaan menyatakan nenek mengalami kerosakan kedua2 belah buah pinggang,masalah paru2,darah beku dalam jantung..allahu banyaknya dia sakit..hanya allah saja yg tahu perasaan aku ketika itu..ingin aku terbang serta merta berjumpa denganya anadai aku punya sepasang sayap..berkali2 aku menelifon emak dan emak saudara untuk mengetahui keadaan dari semasa kesemasa..doc bagitahu nenek sudah tidak banyak procedure yang boleh di lakukan kerana dia sudah tua,emak saudara ku menyatakan nenek makin lemah apa2 pun yang berlaku kita kena redha berserta tangisan kami di telifon..aalahuakbar andai dapat aku pulang malam ini jugak..tetapi aku perlu selesaikan tugasan papa terlebih dahulu..kami buat keputusan tengahari esok setelah selesai tugasan papa kami segera bertolak balik untuk melihat nenek..dari pineng ke kelantan lebih kurang 6jam..pukul 5.37ptg kami masih kat jeli..emak saudara whatssap memberitahu kalau sampai malam pun segera ke hospital kerana doc telah memanggil anak2 cucu untuk melihat nenek mungkin buat kali terakhir..masa tu nenek sudah tidak sedarkan diri..ya allah beratnya dada ku,apakah aku tengah bermimpi sekarang ni dengan berita ni..dalam hati aku berdoa ya allah jika benarlah sudah sampai masanya kau mahu menjemputnya berilah aku peluang untuk melihat dia terlebih dahulu,berilah aku peluang untuk aku bercakap deganya dahulu walaupun aku tahu yang dia sudah tidak sedarkan diri ketika ini,ya allah jika benar sudah sampai masanya untuk dia pergi kau bagi lah aku peluang melihat sendiri saat dia menghembuskan nafas terakhirnya dengan mataku sendiri,dengan cucuran air mata yang sudah tidak boleh ditahan2 lg,pukul 6 lebih aku sampai di hospital bergegas ke wad 8 selatan..sampai di wad aku melangkah dengan hati berdebar..di atas katil aku nampak sekujur tubuh yang lemah,bernafas turun naik dengan wayar oksigen dan lain2 yang berserabut dibadanya..aku merapati tubuh itu..ya allah benarkah apa yang aku lohat di depan mataku ini adalah nenek aku..orang yang menjaga,mendidik,merawat aku dari sejak aku dilahirkan dari perut ibu ku,benarkah dia yang sedang aku lihat sekarang ini ya allah..sungguh aku tudak kuat..aku melihat kaki dan tanganya sudah kebiruan,aku sentuh terasa sejuk..aku kucup pipi dan dahinya sepuas2 hati aku..aku bisik padanya mok ore mintak maaf atas segala kesilapan ore samada sedar atau pun tidak,terima kasih banyak2 kerana mendidik mejaga ore sejak dari kecik,ore minta maaf mok ore tak sempat nak balas jasa mok..ore tak dapat nak penuhi impian mok untuk melihat ore menjadi seorang yang berkerjaya..aku ucapkan kalimah allah..mengucap kalimahsyahadah berkali2..aku menatapi wajahnya,aku dapat rasakan yang dia sedar kehadiran aku,aku dapat rasakan yang dia mendengar apa yang aku bisik,dan ketika aku ucapkan kalimah syahadah di telinganya aku dapat rasakan yang dia mengikuti kalimah yang aku ucapkan...aku bisik lagi padany..mok kalau dah sampai masa mok untuk pergi kali ni ore redha..magrib sudah berlalu..aku lihat papa sudah keletihan dari pagi bersukan,selesai terus drive balik kampung..memandangkan anak2 pun sudah kelaparan aku minta izin pergi makan dan besihkan diri dahulu..tengah makan tapi hati dan jiwa melayang..selesai mandi..aku pergi semula ke hospital..kali ni pegawai keselamatamn tidak membenarkan aku bawa anak2 naik ke wad..aku merayu tetapi tidak berjaya..pegawai keselamatan menyuruh aku bergilir2 naik ke wad dengan papa,aku naik dulu dengan harraz,sampai di pintu lift aku terserempak dengan sepupu,dia merupakan cucu sulung nenek yang jarang2 berjumpa,dan sudah agak lama tidak berjumpa,kami berjalan masuk ke wad,sampai di katil nenek,emak cakap pada nenek yang cucu dia balik tengok mok..aku tengok wajah nenek seolah faham, seolah2 dia mahu memeluk dan menagis cucunya itu..beberapa minit kemudian nafasnya berhenti..nenek sudah pergi,pergi buat selama lamanya...dia pergi dengan tenang..sangat mudah permergianya..allahuakbar.