Sweet Heart

Sunday, November 11, 2018

Aku rindu

Gambar ni raya haji tahun 2017,ya allah rasa baru je lagi gambar ni..rindunya pada arwah nenek..waktu ambil gambar ni dah nampak mata nenek macam orang tengah menahan sakit..bengkak dan merah..tapi dia tak pernah merungut..kalau sakit dia selalu tak nak pergi klinik,tak nak menyusahkan anak anak cucu katanya..sakit sikit sikit selagi dia mampu tahan dia akan cuba tahan..tak nak masuk wad,dia kesiankan anak2 cucu susah payah nak tunggu dia kat wad..kesian kat aku susah nak balik duk jauh..sampaikan dia betul2 dah jatuh sakit pun masih fikirkan orang lain,walaupun dirinya sendiri yang tanggung sakit..mulianya hati mu nenek..sampai akhir hayat dia dalam keadaan sakit pun dia masih ingatkan anak2 nya duk baik2 atas dunia..sampai hampir hayatnya pun dia masih ingatkan aku.ya allah sungguh aku rindukan dia.. Ya allah kau tempatkanlah rohnya di kalangan orang2 yang beriman..amin.

Friday, November 9, 2018

Family Day November 2018


Ready!!
Depan homestay tunggu owner datang bagi kunci
Anak anak dah tak sabar nak terjun kolam



Bbq siap sedia untuk di bakar



Alalala..nak manja manja dengan mami dan abi




3 dan 4 november 2018 baru ni kami family papa buat family day..plan asal nak buat di melaka tapi tak jadi atas beberapa kesulitan beberapa family kerana tuntutan kerja..last minute tukar lokasi..bincang2 so kami decide buat belah2 utara ni je lah..google cari tempat..dapat satu tempat ni..menarik..homestay Laman Bayu alor star konsep ala bali gitew..ada swimming pool,ada tempat bbq halaman luas..5bilik tidur 6 bilik air..harga juga amat berpatutan..so kami booking cepat2 lock tarikh siap2..maka tengah hari tu konvoi la kami 4 buah kereta 5 family..oh ya sepatutnya ada 6 family tapi di sebabkan satu family x dpt join jadi kami 5 family saja yang join..tugas mama kali ni sediakan makanan dan bbq..dah siap perap ayam,kambing,ikan,sotong,udang,sosej,bihun goreng,puding coctail,buah tembikai,air sirap..
Sampai sana kanak2 dah x sabar nak terjun kolam..maka layan la kerenah dorang mandi manda..makan2 bihun..sebelah malam nya pula bbq alhamdulillah sangat berpuas hati tq papa banyak tolong mama walaupun banyak kerja yang mama kena buat tapi tak tersa banyaknya kerja tu kerana papa sangat rajin membantu,basuh ayam,basuh perkakas dapur,kemas rumah,tq papa..papa hebat! Anak2 hepi kami pun hepi..insyallah ada rezeki, dan peluang kita cuti2 lagi.