Sweet Heart

Sunday, December 2, 2018

Macam Macam Ragam

Budak kecik yang banyak akal..banyak cakap pot pot pet..selalu kena gomol dengan kami, syukur pada allah kerana bagi amanat kepada kami untuk menjaga mu wahai anak2..hadirmu amat membahagiakan kami,menceriakan hari2 mama,melihat kamu membesar di depan mata
Kak ngah buat kerja sekolah dia pun konon nak buat jugak 

Tiru gaya gambar princess pegang

Sekejap je mood ok..pastu zap zap koyak buku..terus lari dekat kakngah takut mama marah la tu..mata duk perit2 pejam kunun takut mama bebel la tu..😏

Sunday, November 11, 2018

Aku rindu

Gambar ni raya haji tahun 2017,ya allah rasa baru je lagi gambar ni..rindunya pada arwah nenek..waktu ambil gambar ni dah nampak mata nenek macam orang tengah menahan sakit..bengkak dan merah..tapi dia tak pernah merungut..kalau sakit dia selalu tak nak pergi klinik,tak nak menyusahkan anak anak cucu katanya..sakit sikit sikit selagi dia mampu tahan dia akan cuba tahan..tak nak masuk wad,dia kesiankan anak2 cucu susah payah nak tunggu dia kat wad..kesian kat aku susah nak balik duk jauh..sampaikan dia betul2 dah jatuh sakit pun masih fikirkan orang lain,walaupun dirinya sendiri yang tanggung sakit..mulianya hati mu nenek..sampai akhir hayat dia dalam keadaan sakit pun dia masih ingatkan anak2 nya duk baik2 atas dunia..sampai hampir hayatnya pun dia masih ingatkan aku.ya allah sungguh aku rindukan dia.. Ya allah kau tempatkanlah rohnya di kalangan orang2 yang beriman..amin.