Sweet Heart

Friday, July 6, 2018

Mama seorang surirumah..


****Bila ada kes anak kecil meninggal dibawah jagaan pengasuh, mulalah keluar ayat-ayat nak bangga diri "sebab tu sy sanggup berhenti kerja pentingkan nyawa anak" , seolah yang terus bekerja ni tak pikir nyawa siapa-siapa.

Tolonglah, ubah ayat kita, semua tu mengguris hati tau tak, semua ibu ayah nak yang terbaik untuk anak-anak, kalau ikut hati siapa je yang nak kerja?

Banyak bidang memerlukan wanita harini, terutama di labour room, bila tak banyak doctor perempuan, kita juga yang complain, demand, tapi tak sedar ke kita wanita-wanita tulah antara yang tinggal anak setiap hari pada pengasuh.

Hentikanlah banding membanding tu. Jagalah hati-hati kebanyakan ibu yang turut tidak senang hati takkala memikirkan anak mereka bersama pengasuh sekarang ini.

Sama-sama kita harap selepas ini, lebih banyak sektor dan syarikat yang boleh sediakan NURSERY KHAS buat kakitangan pekerja, insyaAllah kesan positif akan banyak terhasil dengan adanya nusrsery sebegini.****


Assalamualaikum...
Bila ada sesetengah orang yang mengecam surirumah kerana bangga sanggup berhenti kerja,mama rasa terpanggil pulak nak share pengalaman masa kerja dulu..lepas kawin mama ikut papa berkerja di sabah,lepas setahun kawin kami dapat anak sulong erisya.selepas 4bln dia dilahirkan mama dapat tawaran kerja, hati rasa berat nk tinggalkan anak pada pengasuh, untuk 3 bln pertama mama bernasib baik kerana ibu dan nenek mama sanggup datang dari kampung untuk menjaga erisya..alhamdulillah syukur sangat..tapi itu cuma untuk sementara saja kerana ibu dan nenek mama harus pulang juga 3bulan kemudian, kami terpaksa mencari nursery untuk anak kami..kebetulan di dalam tempat kerja kami ada disediakan nursery dan kebanyakan staff disitu menghantar anak2 mereka ke situ..jadi memandangkan erisya masih full breast feeding maka senang lah waktu rehat mama ke sana untuk menyusukan dia..hari2 mama ulang alik kesana untuk menyusukan erisya memandangkan dia tidak mahu minum melalui botol,puas ikhtiar tapi tetap dia nak direct breast feeding jugak..mama terpaksa akur..memandangkan erisya sudah 7bulan waktu itu dia mulai kenal..dia tidak mahu dengan orang yang tak biasa dengan dia..hari pertama kami hantar ke nursery dia menangis x henti dari pagi sampai mama pergi melawat dia waktu rehat..sampai serak suara..ya allah hati ibu mana yang sanggup melihat anak begitu..tapi kami tiada pilihan, terpaksa akur..esoknya hantar lagi sama juga menangis x henti sampai habis waktu kerja kami pergi ambil baru berhenti..hari berganti hari dia sudah kurang menangis,tapi cara pengasuh tu buat supaya tidak menangis dia letakkan erisya didalam buaian..dari pagi kami hantar sampai la habis waktu kerja baring sentiasa dalam buaian sambil diberi satu mainan di tanganya..kalau bangun pun untuk mandi tukar lampin dan makan je..selain tu dia habiskan masa di dalam buaian..dalam hati rasa bersalahnya pada anak sendiri ya allah apa harus aku buat..satu hari lepas waktu kerja nak pergi ambil erisya mama nampak ada kesan biru pada dahi dia,besar sikit pada duit syiling 50sen..masa mama dtg ambik tu owner nursary tu kebetulan x ada..tanya staff dia yang lain semua x tau kenapa dahi erisya lebam,ok mama balik kerumah,kat rumah kami tertanya2 macam mana boleh ada kesan lebam pulak kat dahi erisya,kami pun mls nak kecoh2,tapi tertunggu2 jugak kot2 la owner tu nak call ke bagitahu ke tapi xde..kebetulan esoknya ada family day jadi sebelum berangkat kami staff berkumpul dulu nampak owner tu sembang2 macam x ada apa2 yang berlaku,kami tunggu lagi kot2 la dia nak dtg dkt kami nk bagitahu apa2 pasal dahi lebam erisya tu,tak ada jugak..last skali dia dtg dekat kami tapi buat2 sembang pasal lain..hai dlm hati mama ni x nampak ke dahi erisya ni..tak apa lah kalau x nak bagitu dulu biar la mama yang tanya dulu..mama tanya kenapa dgn dahi erisya smlm ambik kat taska dah biru..dia macam tergagap2 cakap ada sorang pengasuh tu terhayun buaian terkena dkt batang buaian masa dia ayun terkena dahi erisya..dalam hati mama masa tu ya allah rupanya dia tahu tapi kenapa tunggu kami tanya dulu..kalau kami x tanya lepas la dia ke apa dia fikir...hati sedih tapi apa boleh buat hati mama menagis menjerit nak je berhenti kerja haritu jugak,mama nak jaga anak mama sendiri x sanggup dah tengok dia menangis dan lebam macamtu..tapi apakan daya mama harus habiskan kerja mama sampai tamat kontrak mama ketika itu..hari terakhir kontrak mama tamat mama rasa sangat seronok yang x dapat nak di gambarkan..mama dah boleh jaga anak mama sendiri, gembira tuhan saja yang tahu,lepas mama berhenti kerja mama dah tak mohon kerja lagi,hati mama berat nak tinggalkan dia lagi tak sanggup,sampai la kami pindah ke semenanjung dan dapat anak kedua,dan sekarang yang ketiga,mama masih jaga sendiri anak2 mama,mama seorang surirumah sepenuh masa,walaupun x ada pendapatan sendiri tapi mama puas,puas boleh jaga didik anak2 mama membesarkan mereka didepan mata mama,mama x rasa menyesal dengan keputusan mama,biarlah orang nak pandang rendah pada mama belajar tinggi2 tapi jaga anak je, mama bukan nak bangga pada orang lain tapi salah ke mama nak bangga dengan diri sendiri kerana menjadi surirumah bukan senang nak berhadapan dengan orang2 kampung yang sesetengah memperlekehkan, mama turut rasa bersalah pada arwah nenek  kerana dia yang membesarkan mama dia begitu berharap suatu hari nanti bila mama dah besar mama ada kerjaya boleh bantu sara keluarga, tapi mama x dapat nak tunaikan hasrat dia,sampai lah saat dia nak hembuskan nafas terakhir mama sempat memohon ampun pada dia kerana x dapat nak tunaikan hasrat dia..mama tahu dia juga redha dengan ketentuan takdir yang mama cuma seorang surirumah..salah ke seorang surirumah bangga dengan diri dia kerana sanggup ketepikan kerjaya dan harapan keluarga tambahan pula mama merupakan anak tunggal memandangkan ibu dan ayah mama berpisah sejak mama masih bayi,jadi sudah tentu harapan ibu dan nenek terlalu besar pada mama tetapi demi anak2 mama akur..mama kongsi kan kisah mama disini agar ia menjadi kenangan untuk anak2 mama bila mama dah tiada satu hari nanti kerana suatu hari nanti pasti mama akan pergi kerana mati itu pasti,bacalah disini kisah mama seorang surirumah,kenapa mama tidak berkerjaya.mama puas dapat jaga anak2 mama dengan tangan mama sendiri..syukur alhamdulillah..salam sayang dari mama untuk anak2 mama.

Tuesday, April 3, 2018

Rambut baru

Weekend lepas pergi potong rambut harraz,panjang sangat dah rambutnya...alhamdulillah kali ni dia tak nangis macam sebelum-sebelum ni..jadi dapatla buat pesen rambut yang hensem sikit..kalau tak riau kalih kiri kalih kanan tak duk diam macamana nak wat rambut hensem..kali ni dah potong tengok raya nanti kena potong lagi ke tak..jenis rambut cepat panjang kena la selalu gunting.