Sweet Heart

Tuesday, September 25, 2018

Harraz turns 2

19/jun/2018 birthday harraz yang ke 2tahun..sekejap je dah 2 tahun kamu sayang..terasa baru semalam mama lahirkan kamu,seolah masih terasa sakitnya saat melahirkan mu..hari ini kamu sudah pun besar,semakin bijak,kehadiranmu melengkapkan keluarga kecil kita, kamu menjadi penghibur kami..terima kasih sayang kerana hadir dalam hidup kami..syukur kepada maha pencipta menganugerahkan kamu kepada kami..kami sentiasa mendoakan semoga kamu menjadi anak,adik yang soleh,yang sentiasa membawa kebahagiaan kepada keluarga kita..kami sayang kamu dunia akhirat Muhammad Eiman Harraz.








Sebuah kehidupan...





Merenung jauh di tengah lautan..melihat mentari bakal terbenam..damainya hati,tenangnya fikiran, alangkah bagusnya kalau boleh lihat damai ini hari2..namun hakikatnya tidak sebegitu, begitu lah sebuah kehidupan ada kala diatas ada kala dibawah, walauapapun kehidupan harus diteruskan..walau ketika di atas walau ketika dibawah semoga roda itu sentiasa berputar di landasanya,tidak tergelincir dari landasanya..itulah nikmat kehidupan sebenar.

Monday, September 24, 2018

Anak soleh

Assalamualaikum...ini lah anak soleh mama, semoga menjadi anak yang soleh,penyejuk hati kami sekeluarga...aminn❤💋







Sunday, September 23, 2018

Nyawa Mama



Rasa rajin pulak nk upload wajah2 kesayangan mama harini..harta mama dunia akhirat..










Saturday, September 22, 2018

Kenangan demi kenangan..

Pagi ni selesai solat subuh tangan capai fon fist skali buka facebook mata terpandang throw back semula gambar tarikh hari ini 3tahun lepas..tiba2 hati mama sayu, cuba tak nak layan perasaan..mama segera bangun ke dapur nak masak..sambil masak terbayang2 gambar2 tadi difikiran satu persatu gambar2 tu terimbas..tak semena air mata laju mencurah..baru teringat semalam mama bermimpi jumpa nenek,dalam mimpi tu ada nenek ada mak ada mama tapi tidak berapa jelas kami borak apa masatu,dan kebetulan pulak harini mama nak masak lauk kegemaran arwah nenekgulai lemak ikan jenahak yang dimasinkan semalaman..memang lauk ni menjadi kegemaran arwah nenek semasa hayatnya..bila tgk anak2 bermain di laman rumah ditemani arwah nenek ..tidak penat melayan keletah cicit2nya..buat buai,bersembang..teringat sewaktu mama kecil2 dulu selalu ikut nenek kemana saja nenek pergi..bercucuk tanam,menjual hasil tanaman dipasar,menjaja sayur,pergi pasar,pergi kenduri..pendek kata dimana sja nenek ada disitu juga ada mama..rindunya memori zaman kecik2 dulu..memori yang pasti tak akan ada ulanganya lagi,malah akan sentiasa tersemat di ingatan sampai bila2..terima kasih nenek kerana membesar kan mama..semoga allah membalas segala penat jerih,susah payah,untuk membesarkan mama..semoga nenek tenang desana ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.








Wednesday, September 19, 2018

Kak ngah turns 7

6 september Hari lahir kak ngah yang ke 7,mama buat kek monogram nombor 7 red valvet cake with topping cream cheese..dan mama juga sempat buat chocolate buquet..semoga kak ngah menjadi anak yang baik,solehah,rajin,beriman bertanggungjawab,sentiasa di bukakan pintu rezeki seluas lautan,di panjangkan umur,dirahmati Allah s.w.t..kami



Tq papa sudi tolong mama merialisasi kan kek ni.




Saturday, September 1, 2018

Ketupat Palas Warisan Arwah Nenek


Assalamualaikum..aidiladha 2018 mama nekad nak cuba buat ketupat palas..rasa tak lengkap raya tanpa ketupat palas seperti arwah nenek ada dulu..jadi tak jadi belakang kira yang penting aku nak cuba buat..
*Pulut dan air gula campur santan dan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak manis ketupat.
*ini pulak proses mengarung(mengaul) pulut dan air gula dan santan tadi.

*hasil setelah siap di arung
*ini adalah proses membungkus ketupat..alhamdulillah mama masih boleh bungkus seperti ketupat arwah nenek buat..masih terngiang2 kata2 nenek dulu..dalam ramai2 anak2 cucu dia mama sorang je mampu bungkus ketupat macam dia..yang lain boleh bungkus tapi x sama cara dan bentuknya.malah ada yang pulutnya keluar dari bucu ketupat.
*alhamdulillah syukur masih boleh melihat bentuk ketupat pala macam arwah nenek bungkus.
Ini lah hasilnya bila dah siap sepenuhnya..perasaan mama tak dapat nak digambarkan dengan kata2 sangat gembira,seronok,puas..bila mama berjaya buat,tak sangka mama akan buat sebab dari kecik duk tengok arwah nenek buat dalam hati selalu berkata apa lah susah2 nenek ni buat ketupat palas ni,proses membuatnya dari pagi sampai malam,kadang2 pagi raya nenek masih belum siap bungkus lagi..mata nenek sampai bengkak sebab tak cukup tidur semalaman nak siapkan membungkus ketupat ni..susahnya nak buat ketupat ni..fikir mama kenapa la nenek susah2kan diri buat,buat je la kuih2 yang senang macam kek ke biskut cepat pun cepat..rupanya bila mama dah rasa sendiri buat baru mama tahu betapa rasa puasnya bila berjaya buat ketupat ni.. aidiladha kali ni mama sangat puas..kalau arwah dapat tengok ni tentu dia rasa bangga..sekurang kurangnya mama boleh buat..mama tak biarkan tradisi keluarga kita pupus begitu sahaja..insyallah raya akan datang mama akan buat lagi sampai jadi sama macam arwah nenek buat..

Aidilfitri 2018 Kami

Assalamualaikum..hari ni rasa nak upload gambar2 raya aidiladha tahun ni..bukak gelari dekat fon dah beribu gambar2 ya ampun banyaknya..nak delete sayang,bila tah nak ada kerajinan nk transfer ke pc ni..daripada gambar2 ni nanti entah kemana lebih baik mama simpan sini sikit boleh tengok2 bila bila rasa nak tengok..ok jom la layan gambar2..

Keluarga kecil kami

Kunjung mengunjungi ke rumah saudara mara
Cak!! Selpie sikit jangan kecam yer syekali syekala jew!


RAYA KEDUA KAMI
Kenduri sepupu papa

Dengan anak dara mama

Tema merah



Selesai akad nikah

Ini lah pengantinya..selamat pengantin baru.

RAYA KE TIGA




Selpie selpot ketika dalam perjalanan kenduri kawin..biar lah apa orang nak kata pun yang penting kami hepi cara kami..kami tak kacau orang,semoga kebahagian ini hingga ke syurga.aminn.