Sweet Heart

Friday, September 22, 2017

Kesukaan Kami

Yummehh!!! Peberet mama dan papa..wekend je mesti pergi makan ni..tau apa nama ni? Bihun sup perut special kuala perlis..kalau dari highway changlun-kuala perlis stright smpai simpang tiga pantai kuala perlis belok kiri situ berderet kedai2 makan..laksa perlis ada,sup2,masakan panas,abc,laichikang ampa pilih ja kedai mana ampa bekenan..tapi yang kami makan ni ada satu kedai ja ada macam ni yang ada perut2 macam ni..kami lupa kedai ke berapa..yang ingat kedai dia belah kiri sebelah tandas awam ada kerusi meja bawah pokok ceri..ok tata.

Wednesday, September 20, 2017

Saya Anak Malaysia

Troback dr bulan ogos ,bulan kemerdekaan..kak ngah masuk pertandingan pakaian bertemakan sebelum kemerdekaan..uas mama fikir nak pakai apa lah ni..last2 sehelai kain batik mama korbankan..potong dua bahagian satu bahagian untuk kain sarung satu bahagian untuk selendang..hah jadi la petik bunga hiasan mama dalam pasu sekuntum 😂..alhamdulillah 10 terbaik daripada 35 peserta yang menyertai pertandingan itu..

Semasa sesi menggayakan pakaian sambil berpantun,juri2 sedang menilai..
10 peserta yang memenangi hadiah.
Acara penyampaian hadiah oleh guru.
Yeay hepi sangat tu kelek hamper.


Thursday, September 7, 2017

Cuti sudah habis..

Assalamualaikumm..banyak gambar dan story yg tertunggak setelah seminggu bercuti aidiladha insyallah slow2 mama update yer..


Belanja gambar ni dulu la pagi ni..wajah-wajah kesayangan hamba..
Sayang kamoo LILLAHITAALA ♥♥♥♥

Tuesday, August 22, 2017

Saya Sdah Pandai

Suka sangat main kat luar sana..selalu papa yang teman dia main kat luar..bila masa papa kerja dia nak leluar memang mama tak kasi keluar la sebab mama malas nk masuk ambik kain tudung..jadi mama pun kunci je lah sliding door tu..hah apa lg terkial2 nak buka sendiri..tiba2 ketap..eh eh dah pandai buja sendiri..huhu.

Tuesday, August 15, 2017

Geram Kat Adik

Kak ngah yang suka sangat sangat kacau adik.gambar ni senyap2 mama snap dia x sedar..khusyuk sangat kacau adik,peluk peluk adik penyet penyet adik..kadang tu kalau dia geram sangat sampai ketip bibir...adik plak sangat rimas kalau buat macamtu mula la nangis..

Haa semapat lagi tu diam diam tangan merayap nak tarik baju adik 😤


Sunday, August 13, 2017

Hari Minggu Yang Indah

Friday, August 11, 2017

Kacau Mama Masak daaa..

🎤Hai senangnya dalam hati kalau hari2 mama layan saya macam ni🎶🎶..huhu time papa keja kakka-kakak sekolah mula la dia tak mahu main sendiri tak mahu bagi mama masak nak suruh mama layan dia je,main dgn dia je..nk bertepek je dgn mama,abistu camana la papa dan kakak balik nak makan hai anak oii..

Wednesday, August 9, 2017

Ragam Hero Mama

Gelagat hero kami..makin banyak akal..😎



Tuesday, August 8, 2017

Harraz turn 1



19 Jun 2017 first birthday harraz..alhamdulillah pejam celik dah setahun usia..mama,papa kak long dan kak ngah mendoakan semoga harraz di panjangkan usia,dimurahkan rezeki,menjadi anak dan adik yang soleh,menjadi anak yang bijak pandai dalam segala hal..sentiasa dirahmati allah selalu..aminn.

Monday, August 7, 2017

Riadah Petang


Layan kerenah anak-anak di hari minggu..si adik seronok bermain di playground,si kakak-kakak sibuk berselfie mama dan papa pun join ler 4kaki😆

Wednesday, August 2, 2017

Demam

Hari ni anak mama dua2 berdik deman dan muntah..minggu lepas adik dah sembuh kak ngah pulak..lepastu pagi ni cikgu kelas kak long pulak call mama bagitahu erisya demam di sekolah muntah..dah la minggu ni minggu exam..alahai risaunya ..dua2 dah pergi klinik..dotor kata tosil..kak long dapat mc 2 hari..semoga anak-anak mana cepat sembuh.amin.




Monday, July 24, 2017

Assalamualaikum Dunia


Assalamualaikum..tanggal 19\6\2016 mama telah selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata kami, baby boy 3.4kg dan diberi nama Muhammad Eiman Harraz. Semoga membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh..amin.

Friday, July 21, 2017

Hobi Yang Diridui

Assalamualaikum..entah kenapa terdetik di hati rasa nak update blog..tetiba rasa rindu nak update blog..setelah beberapa tahun meninggalkan dunia blogger..insyallah mama teringin nak aktif semula macam dulu..dalam beberapa tahun sepi dari menulis sedikit sebanyak ingin mama kongsikan perkembangan keluarga..kalau dulu ketika anak baru seorang tiap detik apa yang anak buat pasti mama tidak terlepas abadikan cerita kisah kak long di blog ni,tujuanya bila mereka dah besar nanti mereka sendiri boleh baca dan tahu kisah2 benar mereka  dalam blog ni,tapi sayang bila dah masuk anak kedua mama dah mula kurang menulis oleh kerana banyak faktor yang tak dapat di elakkan,jadi tidak banyak kisah anak kedua kami iaitu kak ngah yang boleh kami abadikan dalam ni..insyallah mulai dari sekarang mama akan cuba,dan tak lupa juga anak ketiga kami alhamdulillah jun 2016 kami telah di kurniakan lagi seorang cahaya mata..penambah seri keluarga kami.insyallah akan di kongsikan nanti..ok lah jumpa lagi di entry akan datang bye bye.😘😘😘