Sweet Heart

Wednesday, January 9, 2013

Sekolah Baru..

Assalamualaikum..entry pertama tahun 2013,buku baru lah ni kununnya..coretan buku baru dengan cerita kak long ke sekolah,tahun ni kami hantar dia ke sekolah kebangsaan sena kangar perlis.bukan darjah satu lagi..pra sekolah,tahun depan baru darjah satu..ok lah untuk persediaan darjah satu tahun depan bagi dia biasa2 dengan sekolah tu dulu,biasa dengan uniform sekolah,bergaul dengan ramai kawan2,harap-harap tahun depan tak ada la dia rasa mengejut sangat nak masuk darjah satu..lagi pun permohonan kemasukan ke sekolah ni sangat la tinggi di kawasan ni,susah nak dapat,jadi tahun ni kira dah cop awal-awal la untuk darjah satu tahun depan,alhamdulillah setakat ni semuanya ok,cuma yang bezanya sekolah baru ni kena pergi awal sikit lah 7.20pg loceng dah bunyi,jadi awal-awal pagi lagi la kena bangun bersiap,biasa tadika dulu kul 8 baru masuk,hari pertama sekolah dia tanya kenapa erisya kena sekolah malam mama?huhu 7.15 pg kat sini macam malam lagi lah,masih gelap itu pasal dia tanya macamtu..

Hari minggu pulak belajar basuh kasut sendiri,pegang kasut macam pegang sampah la pulak mama tengok pegang pun sentu hujung jari je..adehaiii..
Yang syoknya lepas balik sekolah tengah duk main tiba-tiba senyap,ingat kan kenapa tengok-tengok dah tertido..nampak sangat la tak biasa bangun pagi.




0 comments: