Sweet Heart

Sunday, October 20, 2013

Aidiladha 2013



Assalamualaikum..alahai hari ni tergerak hati pulak nak buka blog yang sangat lama tak buka..kesian kesian, kalau dulu alasanya pc rosak,eee memang rosak pon, sekarang pc dah ok dekat sebulan dah jugak pc tu papa dah repair tapi belum datang mood nak membebel..sekarang dah datang mood nak buka tapi no idea lah pulak nak bebel pasal apa..apa kata layan gambar aje lah..enjoyce!!


SEKIAN TERIMA KASIH..

Saturday, October 19, 2013

Aktiviti kakak

Pertandingan mewarna di sekolah kak long..





Friday, September 6, 2013

Birthday Adik


2nd Birthday adik hafiya..alhamdulillah semoga allah panjangkan umur,murahkan rezeki.menjadi anak yang solehah dan sentiasa diberkati ALLAH SWT amin..amin.
Terima kasih kepada family kerana sudi datang dari kelanatan,dan pineng untuk bersama meraikan majlis hari jadi yang sederhana tapi meriah ini.

Monday, August 5, 2013

Persiapan Raya


Hai u alls dah wat kuih raya? tahun ni tak banyak buat cuma adalah beberapa jenis kuih raya yang sempat mama buat..jemput jamu mata dengan kuih raya mama,ada modelnya sekali..
Biskut Aiskrim
Tart Tulip
Almond London

Kek coklat cheese,Kek puding karamel dan aneka Biskut untuk family dikampung.

Monday, July 8, 2013

Persembahan Hari Sukan Sekolah

Assalamualaikum..jenguk blog yang dah lama terabai..Persembahan kak long dan kawan-kawan sempena hari sukan sekolah..Mempersembahkan Tarian Chicken Dance..







Monday, March 4, 2013

Debaran Kami..

Assalamualaikum kepada kawan-kawan yang berada di sabah juga di semenanjung, rasa risau pulak berkenaan kes pencerobohan di sabah sekarang ni,terbayang wajah kawan2 yang berada di sabah,semoga allah melindungi sahabat-sahabat disana, bertambah risau jugak mama ni bila ada ahli keluarga kita sendiri yang bertugas menjaga keamanan negara di kawasan berkenaan, cousin mama yang sememangnya bertugas di Lahad Datu sabah membuatkan hati kami sekeluarga berdebar2, apatah lagi semenjak kejadian  pencerobohan itu kami belum menerima sebarang panggilan darinya,juga tidak dapat kami hubungi..fikiran positif kami kemungkinan dia sedang giat bertugas..perjuanganmu kami iringi dengan doa yang tidak pernah putus semoga allah sentiasa melindunginya dari musuh-musuh tersebut,tak kira dimana dia berada ..semoga allah sentiasa merahmatinya dunia dan akhirat.. Amin.amin yaraballalamin.






Friday, March 1, 2013

Cuti-Cuti Di Cameron Highland

entry yang tertunggak..
gambar aje lah yer.







Tuesday, January 22, 2013

Hari Lahir Papa



20 January 2013 hari lahir papa yang ke _ _ ? haha..tahun ni tak beli kek pun..mama teringin nak wat sendiri walaupun tak secantik tak sehebat kek di kedai,tapi ikhlas dari mama untuk papa,maka tercipta la sebijik Cheese Cake tu apa lagi kek peberet papa la,dah nama nya hari lahir dia jadi mama masak benda yang dia suka la,tak leh pandai2 wat kek lain takut tak ada orang makan membazir plak nanti, dan hidangan special yang tak seberapa dari mama untuk papa Lamb Chop Black Pepper merupakan peberet papa jugak..

Happy Birthday Papa We Always Love U !!

.

Wednesday, January 9, 2013

Sekolah Baru..

Assalamualaikum..entry pertama tahun 2013,buku baru lah ni kununnya..coretan buku baru dengan cerita kak long ke sekolah,tahun ni kami hantar dia ke sekolah kebangsaan sena kangar perlis.bukan darjah satu lagi..pra sekolah,tahun depan baru darjah satu..ok lah untuk persediaan darjah satu tahun depan bagi dia biasa2 dengan sekolah tu dulu,biasa dengan uniform sekolah,bergaul dengan ramai kawan2,harap-harap tahun depan tak ada la dia rasa mengejut sangat nak masuk darjah satu..lagi pun permohonan kemasukan ke sekolah ni sangat la tinggi di kawasan ni,susah nak dapat,jadi tahun ni kira dah cop awal-awal la untuk darjah satu tahun depan,alhamdulillah setakat ni semuanya ok,cuma yang bezanya sekolah baru ni kena pergi awal sikit lah 7.20pg loceng dah bunyi,jadi awal-awal pagi lagi la kena bangun bersiap,biasa tadika dulu kul 8 baru masuk,hari pertama sekolah dia tanya kenapa erisya kena sekolah malam mama?huhu 7.15 pg kat sini macam malam lagi lah,masih gelap itu pasal dia tanya macamtu..

Hari minggu pulak belajar basuh kasut sendiri,pegang kasut macam pegang sampah la pulak mama tengok pegang pun sentu hujung jari je..adehaiii..
Yang syoknya lepas balik sekolah tengah duk main tiba-tiba senyap,ingat kan kenapa tengok-tengok dah tertido..nampak sangat la tak biasa bangun pagi.