Sweet Heart

Saturday, October 6, 2012

Tragedi September

Assalamualaikum..belum berkesempatn nak story mori kat blog,masuk gambar dah 3 minggu lepas lagi nak bercerita tak sempat lagi..laptop tinggal kat perlis,pinjam laptop pak mertua jap nak guna tab memang bercinta la bak kata geng blogger mama hehe..walaupun dah nak masuk sebulan dah tragedi ni berlaku at least ada gak la yang boleh dikongsi dan abadikan dalam blog ni..hari ni nak cerita la sikit sebanyak,tapi rasanya semua dah tahu kot pasal berita hangat ni..12.9.12,jam 4.30petang aritu papa accident,ceritanya papa kena OS kat batu pahat johor 2hari,on the way balik sampai kat highway alor gajah tiba tiba lori trailer datang dari belakang dengan lajunya merempuh belakang kereta menyebabkan bahagian depan kereta papa terhumban ke longkang,kemudian tercampak balik ke jalan raya kereta berpusing2 atas jalan beberapa kali,lori tu pulak langsung tak nampak batang hidung dah jadi,kes langgar lari,apapun syukur alhamdulillah papa dengan kawanya selamat cuma mengalami kecederaan ringan,papa patah tangan kiri,kawanya patah bahu,cedera di bahagian muka,patah jari kaki,alhamdulillah keadaan masih stabil..harta benda boleh dicari ganti tapi nyawa tiada gantinya..
Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah.Sebagai hamba Allah yang hidup di dunia ini, kita harus pasrah dan redha dengan ketentuan Illahi. Sesungguhnya, terdapat segala hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku. Namun, tanpa kekuatan yang diberikan olehNya, kita mungkin tidak dapat mengharunginya dengan mudah. Semuanya sudah diatur oleh Allah SWT untuk melihat sejauhmana keimanan kita terhadapNya..

Dapat cuti lama,tengah berehat
My hero dalam kenangan..

2 comments:

MaMa NuRuL said...

semoga hazuan cpt sembuh...jgn bimbang, nanti dah sihat boleh gi kedai beli HERO yg lebih macho

erynonelove said...

hehe tq acik nurul..