Sweet Heart

Monday, October 22, 2012

Sudah Tiba Masanya...

  Assalamualaikum..err..sebelum jari jemari terus menaip belum terlambat rasanya,TAHNIAH kepada pasukan bola sepak kelantan (TRW) kerana menang lagi yeah!!..
  ok berbalik pada topik asal,huh! baca topik je dah keluar ayat tu belum bercerita lagi...bukan mengeluh tapi hakikatnya itulah apa yang mama rasa bila terfikir je nak balik perlis,dah lama sangat dikampung rasa berat nya lah nak balik sana semula..setelah hampir 2bulan  papa berehat kat kampung alhamdulillah sudah sembuh sepenuhnya tapi belum boleh buat kerja-kerja berat..Sudah Tiba Masanya lepas raya kena balik perlis semula kan seronok kalau ayat tu boleh ditukar macam ni "Sudah Tiba Masanya pindah di kampung halaman" huhu belum ada rezeki la..insyallah lain hari lain tahun..ok lah kepada sahabat2 blogger mama...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
-Ikhlas Daripada Kami Sekeluarga-

Saturday, October 6, 2012

Tragedi September

Assalamualaikum..belum berkesempatn nak story mori kat blog,masuk gambar dah 3 minggu lepas lagi nak bercerita tak sempat lagi..laptop tinggal kat perlis,pinjam laptop pak mertua jap nak guna tab memang bercinta la bak kata geng blogger mama hehe..walaupun dah nak masuk sebulan dah tragedi ni berlaku at least ada gak la yang boleh dikongsi dan abadikan dalam blog ni..hari ni nak cerita la sikit sebanyak,tapi rasanya semua dah tahu kot pasal berita hangat ni..12.9.12,jam 4.30petang aritu papa accident,ceritanya papa kena OS kat batu pahat johor 2hari,on the way balik sampai kat highway alor gajah tiba tiba lori trailer datang dari belakang dengan lajunya merempuh belakang kereta menyebabkan bahagian depan kereta papa terhumban ke longkang,kemudian tercampak balik ke jalan raya kereta berpusing2 atas jalan beberapa kali,lori tu pulak langsung tak nampak batang hidung dah jadi,kes langgar lari,apapun syukur alhamdulillah papa dengan kawanya selamat cuma mengalami kecederaan ringan,papa patah tangan kiri,kawanya patah bahu,cedera di bahagian muka,patah jari kaki,alhamdulillah keadaan masih stabil..harta benda boleh dicari ganti tapi nyawa tiada gantinya..
Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah.Sebagai hamba Allah yang hidup di dunia ini, kita harus pasrah dan redha dengan ketentuan Illahi. Sesungguhnya, terdapat segala hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku. Namun, tanpa kekuatan yang diberikan olehNya, kita mungkin tidak dapat mengharunginya dengan mudah. Semuanya sudah diatur oleh Allah SWT untuk melihat sejauhmana keimanan kita terhadapNya..

Dapat cuti lama,tengah berehat
My hero dalam kenangan..