Sweet Heart

Wednesday, May 23, 2012

Ayaq..ayaq..ayaq..

sementara si kecik baru tido boleh mama update blog jap,sat g kalau dia dah bangun jangan harap la,kalau orang tengah tido lagi la dia suka kacau tarik rambut,korek lubang hidung orang huhu kak long la selalu jadi mangsa..
  Hari ni cuti masak lagi AYAQ TAK DOK eeee...geram ler,bulan ni kerap sangat tak ada air,kat sabah dulu kerap tak ada eletrik orang sabah kata tak ada karan,tapi kat sini lak selalu tak ada ayaq,ingat nak habiskan stok makanan dalam fridge tu,lusa dah nak balik kampung cuti sekolah dah mula..sebelum cuti panjang rumah ni nak kena kemas,cuci apa yang patut tapi nampak gayanya rancangan tergendala la plak,kena tapau makanan gak la hari ni..esok harapnya ada air la..cakap pasal cuti panjang seronok nak balik kampung alangkah bestnya kalau dapat pindah huhu tiba tiba lak..nak masuk 3 tahun dah duk sini bosan dah rasa,berangan je la dulu  pas ni nak pindah mana pulak..si kecik dah bangun tengah mangil mangil dah kejap bebenor tido nya,out dulu lah.

Monday, May 14, 2012

Tarikh Sejarahku Datang Lagi...



   10Mei datang lagi,alhamdulillah masih dipanjangkan usia,masih diberi peluang menghirup udara segar,masih diberi peluang untuk menikmati kebesaran allah di samping insan-insan yang disayangi,terima kasih buat papa dan anak-anak kerana u all adalah jantung hati mama..terima kasih jugak atas kejutan yang dibuat dan hadiahnya,dapat handphone baru, serius nya mama sangat sayangkan handphone lama dah berjuta kali terjatuh,terbaling,tersepak terberapa banyak ter ter pun masih tetap elok,mama pun bukanya jenis suka tukar tukar phone selagi tak rosak selagi boleh dipakai selagi tu lah mama guna,tapi kalau dah dapat hadiah mesti la suka dan sangat menghargainya..doa mama semoga terus deberi kesihatan yang baik,panjangkan usia,dimurahkan rezeki,sentiasa dirahmati NYA..bahagia disamping suami dan anak-anak tercinta..amin 
  oh ya hari ni mama baru start puasa ganti,baru 1hari puasa ada lagi 3hari semuanya 4hari mama ponteng puasa bulan ramadhan lepas,masa tu tengah sarat mengandung kesian kat baby dalam perut,nasib baik gak 4hari je kalau sebulan jenuh la nak ganti..

Sunday, May 6, 2012

Adik Punya Cerita

Assalamualaikum salam berhujung minggu..baru berkesempatan update blog,sebelum ni sempat jeling jeling manja je kat blog,hari ni adik hafiya dah masuk 8 bulan,kelmarin dulu baru baik dari demam..nak masuk 8 bulan demam buat pertama kalinya..mulanya ingat demam sebab nak tumbuh gigi,rupanya lepas baik dari demam keluar plak campak..merengek je dia,musim demam campak rasanya kat sini baru ni anak jiran bawah demam campak,lepastu anak jiran bawah lg satu plak kena,last skali anak kami plak yang atas skali ni baru kena..alhamdulillah hari ni nampak ruam campak dia pun dah semakin kurang dah boleh sambung belajar minum susu botol..susu mama macam dah tak berapa banyak..masa kaklong dulu sempat gak sampai 2tahun setengah susu badan,tapi yang adik ni tak sampai setahun lagi pun susu dah berkurangan..nape ek??itu yang mama ajar dia minum susu botol sikit2 belum berniat nak stop susu badan cuma mahu tambah takut tak mencukupi kelaparan plak dia nanti.