Sweet Heart

Thursday, April 19, 2012

Sesi Tayangan Plak Ke?

Haha bukan tayangan filem ke drama terbaru yer cuma tayangan air tangan mama mood baking sekarang ni,buat lagi kek karamel dihari minggu baru ni sempat ambik gambar sepotong yang last je lupa plak nak ambik gambar kek sebijik sedar2 dah last baru teringat nak ambik gambar..huhu,habis kek karamel buat brownies plak,habis brownies semalam buat cheese cake plak..hari2 makan kek ooo...layan selera papa dengan kaklong dan mama jugak..habis cheese cake nanti nak buat apa plak? Tunggu dua beranak yang request dulu la baru projek on...


Sunday, April 15, 2012

Isi Masa Lapang

Dah lama tak tengok ulaq kata erisya,cuti sempena pertabalan baru ni papa bawak la pergi taman ular,pernah pergi dulu masa mula2 pindah sini lebih kurang 2tahun yang lepas la...erisya kecik lagi masa tu dah tak berapa ingat..dulu takut ular sekarang pegang pun berani...












Ular tedung sembur huh memang garang la ular ni,masa tengah nak ambik gambar dia lebarkan kepala dia patuk2 cermin dekat kamera sambil sembur2kan bisa dia...eee takut tengok.patut la dia dikurung dalam cermin.

Monday, April 2, 2012

Berwajah Baru



Kak long berwajah baru..sebelum ni suruh pakai tudung tak nak panas katanya..ni dah nak bertudung pulak..bagus lah..moga jadi muslimah sejati...amin.