Sweet Heart

Monday, February 20, 2012

Baking Lagi..


Baking lagi...dah beberapa kali buat kek ni..tapi kali ni baru sempat nak masuk blog,kek karamel ni sebenarnya kek kesukaan keluarga mertua...tiap kali raya mesti tempah kek ni wajib ada atas meja...kek kegemaran papa ngan kak long jugak,hari minggu baru ni mama buat lagi la...sekejap je dah licin tak sempat nak hulur-hulur kat jiran tetangga..

Wednesday, February 15, 2012

Layan Posing Anak-anak

Lokasi di Negara China...hehe,tak der lah kat Tasik melati ni je..lama dah tak pergi tengok ada perubahan bumbung dia cam kat china je tengok dulu bumbung biasa je dah renovate kot..layan gambar..


KAKAK Posing









ADIK Posing



Tuesday, February 14, 2012

Kek Pisang


Salam petang selasa..jom jamu mata dengan kek pisang,baru kelur oven panas2 lagi ni..weekend beli pisang banyak sikit cadang nak buat cekodok orang kelantan panggil jeput pisang,mama dah buat 1 tapau siap2 masuk dalam peti ais petang2 boleh goreng,ada lg baki pisang teringin lak nak makan kek pisang lama tak makan...kek pisang dah siap tunggu papa balik jap lagi boleh minum petang sesama..

Sunday, February 12, 2012

Nur Eizyan Hafiya 5 Bulan


Adik hafiya dah masuk 5 bulan timbang dan cucuk baru ni berat badan 7.5kg patut la rasa cam nak semput je dukung dia naik tangga kuaters nih huh..kakaknya pulak suka sangat gomol dia,balik sekolah je terkam kat adik..eee adik kalau boleh bercakap mesti dah cakap 'rimas laaaa' heeee...tapi jaga2 walaupun adik belum boleh bercakap tapi adik ada senjata kalau tak cakau dia mesti tarik rambut kakak..ha rasakan ada hati nak buli org ya,kecik bukan sebarang keci..kecik2 cili padi tau hehe...

Wednesday, February 1, 2012

Dulu dan Sekarang..

Bersiaran selepas seminggu balik kampung..Hari ni ada budak tak gi sekolah,semalam dia ngadu sakit mata tapi nampak tak ada apa pun..pagi ni bangun cam biasa mandi siap2..tengah breakfast tengok mata dia cam bengkak,alah ingat ke kena gigit semut ke apa,katanya sakit..jadi papa kata tak yah gi sekolah la hari ni pagi klinik..salin baju terus papa bawak pegi klinik..doc kata 'ketumbit' orang kelantan panggil 'timbing',kalau mama masa zaman kecik2 dulu senang je petuanya sapu dengan bawang putih 2,3 kali sapu hilang la...sapu tu kena tahan pedih gak la sebab masuk mata,pedih macam kopek bawang je,kalau kita yang dewasa ni boleh la tahan..sebab pedih tu kesian lak kat dia nak sapu bawang..tak pe la pegi klinik je la..sekali kena 40 hengget terkezuttt beruk gak la mama dengar,doc kasi ubat titik dalam mata,antibiotik dengan paracetamol(demam/tahan sakit)mak aii..ermm melayang 40hengget...klinik tu takde plak kasi resit nak gak tengok berapa harga ubat2 dengan consultation dia..ada sesetengah klinik bagi resit senang nak tegok..tak pe lah yang penting bengkak tu cepat la sembuh ubat mahal tu kena cepat sembuh la...biar berbaloi,tu la petua orang dulu2 bagus sebenarnya mujarab dan jimat tak payah keluar duit pun,cuma terpulang la pada kita sekarang nak guna yang lama atau moden.kalau sesape ada petua nak hilangkan ketumbit yang lain boleh la kongsi ya...