Sweet Heart

Thursday, January 12, 2012

Cerita Budak Sekolah..

Alhamdulillah hari ni dah jumaat..sedar tak sedar dah seminggu lebih budak2 sekolah kan,alhamdulillah jugak sepanjang erisya sekolah dari hari pertama sekolah sampai sekarang tak ada masalah sungguh seronok dia..sampai cikgu bagitahu dia ni sungguh ceria disekolah..ceria sungguh la jumpa kawan2 tak ingat dunia dah..yang tak berapa cerianya bab barang2 dia selalu je hilang,tiap hari balik sekolah mesti ada benda yang hilang..mula2 sepasang sepit rambut,sharpener,pastu pensel colour ha yang ni dia tak hilang sekotak terus,dia hilang sebatang demi sebatang..hari ni sebatang tak de,esok lak cek sebatang plak tak de..tadi balik sekolah tengok dah tinggal banyak tu je..agak2 cukup 12hari habis 12 batang rasanya ni..tanya dia,katanya sepit rambut kawan dia mulanya nak tengok je pastu dah tengok dia tak nak pulangkan,sharpener plak dia kata ada budak perempuan 2 orang ambik,dia mintak balik budak tu tak mau kasi,padahal mama tengok dia bukan main sayang lagi kat sharpener angry bird dia tu,hari2 duk belek last2 hilang,pensel colour pulak dia kata orang tak ambik tapi tak tahu kemana hilangnya,huhu rasanya masa cikgu suruh dia colour2 tu dia buat keluar semua pastu siap colour dia tak cek betul2 cukup ke tidak..mungkin ada yang terambil..pastu ada pulak sebatang dua pensel colour yang lain,tertukar la pulak..ermm nak salahkan dia pun tak boleh jugak budak besar tu mana la nak kenal lagi pun pensel colour tu lebih kurang sama je semuanya dgn budak lain..yang tertukar tu tak apa la nak buat macamana..yang tak bestnya yang hilang sengaja diambil tu..ajar dia kata kalau ada orang nak ambik barang kaklong kata ke dia suruh papa awak beli la..ni papa saya beli kat saya..nak pinjam boleh tapi lepas pinjam bagi balik,tak ada pun dia cakap..hari ni rupanya dia bawak mainan ke sekolah tak pulak hilang,tanya tak ada orang nak ambik ke?dia jawab erisya cakap kat dia suruh papa awak beli la,ni papa beli kat saya..ermm boleh pun cakap,tanya dia bagi dia pinjam tak?dia kata tak bagi, dia tak bagi orang sentuh pun..huhu jadi kedekut taik idung masin la pulak..mama tak ajar tau!..nak tanya u all la anak2 u all macamana ya?

3 comments:

MaMa NuRuL said...

huhu...fenomena biasa...tahun mula2 afiq di tadika pun macam ni..tiap2 hari kena remind dia supaya pandai jaga barang2...tp hilang jugak.

erynonelove said...

o ya ke..mula2 je kot dia baru nk belajar berdikari..harap2 lama2 ok la kan,kalau x bengkrap la tokey..

danishfamily said...

btul tu..mungkin fenomena biasa..try pesan suh jg brg elok2 kot..