Sweet Heart

Saturday, January 14, 2012

Sedikit Pengenalan

Assalamualaikum..happy weekend,apa aktiviti u all hari ni tak kira dimana kawan2 berada borneo,timur barat,dan utara..tak lupa buat teman2 blogger baru mama,selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ini..actually blog ni diwujudkan sekadar untuk berkongsi aktiviti kami sekeluarga,disini lah tempat family,sahabat2 geng2 blogger mama dapat mengikuti perkembangan kami sekeluarga tak kira dimana saja kami berada..sebagai contohnya ketika kami tinggal disabah dulu,jarang balik kampung jadi dengan cara ini family kami di kampung dapat mengikuti perkembangan kami di sana..dan sekarang dah pindah semenanjung masih lagi dapat berkongsi dengan sahabat2 mama yang masih di sabah..dan yang telah berpindah diserata tempat,bak kata pepatah walau jauh di mata tapi dekat di alam maya..hehe..dan kepada teman blogger baru mama jika sudi jemput la singgah selalu...

Thursday, January 12, 2012

Cerita Budak Sekolah..

Alhamdulillah hari ni dah jumaat..sedar tak sedar dah seminggu lebih budak2 sekolah kan,alhamdulillah jugak sepanjang erisya sekolah dari hari pertama sekolah sampai sekarang tak ada masalah sungguh seronok dia..sampai cikgu bagitahu dia ni sungguh ceria disekolah..ceria sungguh la jumpa kawan2 tak ingat dunia dah..yang tak berapa cerianya bab barang2 dia selalu je hilang,tiap hari balik sekolah mesti ada benda yang hilang..mula2 sepasang sepit rambut,sharpener,pastu pensel colour ha yang ni dia tak hilang sekotak terus,dia hilang sebatang demi sebatang..hari ni sebatang tak de,esok lak cek sebatang plak tak de..tadi balik sekolah tengok dah tinggal banyak tu je..agak2 cukup 12hari habis 12 batang rasanya ni..tanya dia,katanya sepit rambut kawan dia mulanya nak tengok je pastu dah tengok dia tak nak pulangkan,sharpener plak dia kata ada budak perempuan 2 orang ambik,dia mintak balik budak tu tak mau kasi,padahal mama tengok dia bukan main sayang lagi kat sharpener angry bird dia tu,hari2 duk belek last2 hilang,pensel colour pulak dia kata orang tak ambik tapi tak tahu kemana hilangnya,huhu rasanya masa cikgu suruh dia colour2 tu dia buat keluar semua pastu siap colour dia tak cek betul2 cukup ke tidak..mungkin ada yang terambil..pastu ada pulak sebatang dua pensel colour yang lain,tertukar la pulak..ermm nak salahkan dia pun tak boleh jugak budak besar tu mana la nak kenal lagi pun pensel colour tu lebih kurang sama je semuanya dgn budak lain..yang tertukar tu tak apa la nak buat macamana..yang tak bestnya yang hilang sengaja diambil tu..ajar dia kata kalau ada orang nak ambik barang kaklong kata ke dia suruh papa awak beli la..ni papa saya beli kat saya..nak pinjam boleh tapi lepas pinjam bagi balik,tak ada pun dia cakap..hari ni rupanya dia bawak mainan ke sekolah tak pulak hilang,tanya tak ada orang nak ambik ke?dia jawab erisya cakap kat dia suruh papa awak beli la,ni papa beli kat saya..ermm boleh pun cakap,tanya dia bagi dia pinjam tak?dia kata tak bagi, dia tak bagi orang sentuh pun..huhu jadi kedekut taik idung masin la pulak..mama tak ajar tau!..nak tanya u all la anak2 u all macamana ya?

Tuesday, January 10, 2012

Minum Petang

Petang kelmarin punya cerita,cuaca redup2 angin sepoi2 sejuk sampai ke tulang hitam rasanya,abis tengok cerita sinetron tv3 perut rasa lapar la pulak..mkn benda panas2 ni best nih..teringat plak kt bahulu,google la kejap carik resepi..ok barang pun ada boleh la try..memandangkan dua beradik tu masih lena diulit mimpi tu..aikk sorang dah bangun ya...

siap bahulu acuan pertama..adik pun dah jaga duk diam2 situ mama nak santap kejap yer..

yang ni buat dalam acuan cup cake tak larat nak tunggu bakar dalam acuan kecik2 tu lambat la,ha ambik ko macam nak melompat keluar je bahulu tu..naik gebusss gilerr..hehehe,yang ni tuk papa ngan kaklong plak santap,mama dah abis sepinggan tadi hehe..