Sweet Heart

Monday, December 31, 2012

Birthday Anak-anak 2012

6/9/2012
Birthday Nur Eizyan Hafiya

15/12/2012
Birthday Nur Erisya Hanie




SELAMAT TINGGAL 2012,SELAMAT DATANG TAHUN 2013

Tuesday, December 25, 2012

Bye Bye My Friend



Semalam kawan erisya dah berpindah ke tanah air mereka di kelantan,dapat pulak ILP Kota Bharu huhu jelesnya,diaorang ni bertukar suka sama suka,ada staff sana nak pindah sini jadi offer la saper2 nak tukar,kami lewat seminit je tahu pasal tu,huhu ruginya..kalau tak dah tentunya kami la yang pindah.Takpe la dah belum rezeki nak pindah kan.semalam sebelum bertolak pagi-pagi lagi kawan dia ni datang ketuk pintu nak jumpa erisya nak salam katanya dah nak bertolak dah,adehai sadis la pulak..best friend dah nak pindah tak leh nak main kat sekolah sama2,main basikal sama2..Insyallah ada rezeki turn kami pulak tapi tak tahu bila.

Monday, December 17, 2012

Dapat Sudah!!




Assalamualaikum adeeeehaiiii..lama tak bersua di blog,puas cuba nak update dah sebulan lebih try tapi tak berjaya,pakai tab tak boleh,laptop pun tak boleh,ni last try guna pc lah pulak,lama tak on pc sebenarnya..dah berkulat atas meja ni,kebetulan erisya nak main game,papa bawak laptop kat opis,adik guna tab opss ganas sangat bunyinya ayat adik guna tab tu(dia suka tengok video klip lagu-lagu dengan utube)selalu berebut dengan kak long nak tak nak bukak pc je la bagi kak long,try bukak blog mama nah dapat sudah!! sukanya!!!ingatkan nak kena tutup terus dah blog mama ni..tepek gambar pavlova la dulu,peberet kaklong ngan adik selalu wat tuk diaorang,esok-esok tepek gambaq lain plak no..tata.



Sunday, November 4, 2012

Bbq Aidiladha

Bbq keluarga sempena raya haji tahun ni..sebelum esoknya bertolak ke perlis dan yang lain ke tempat tinggal masing2..makan kenyang-kenyang dulu.

tetamu yang hadir
mama,bakal biras dan biras
tengah bakar ke tengah sembang?
 kak long dengan skuternya.
perut dah kenyang tetamu pun beransur pulang.terima kasih kepada tetamu-tetamu yang datang kerana sudi memeriahkan malam bbq. 


Monday, October 22, 2012

Sudah Tiba Masanya...

  Assalamualaikum..err..sebelum jari jemari terus menaip belum terlambat rasanya,TAHNIAH kepada pasukan bola sepak kelantan (TRW) kerana menang lagi yeah!!..
  ok berbalik pada topik asal,huh! baca topik je dah keluar ayat tu belum bercerita lagi...bukan mengeluh tapi hakikatnya itulah apa yang mama rasa bila terfikir je nak balik perlis,dah lama sangat dikampung rasa berat nya lah nak balik sana semula..setelah hampir 2bulan  papa berehat kat kampung alhamdulillah sudah sembuh sepenuhnya tapi belum boleh buat kerja-kerja berat..Sudah Tiba Masanya lepas raya kena balik perlis semula kan seronok kalau ayat tu boleh ditukar macam ni "Sudah Tiba Masanya pindah di kampung halaman" huhu belum ada rezeki la..insyallah lain hari lain tahun..ok lah kepada sahabat2 blogger mama...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
-Ikhlas Daripada Kami Sekeluarga-

Saturday, October 6, 2012

Tragedi September

Assalamualaikum..belum berkesempatn nak story mori kat blog,masuk gambar dah 3 minggu lepas lagi nak bercerita tak sempat lagi..laptop tinggal kat perlis,pinjam laptop pak mertua jap nak guna tab memang bercinta la bak kata geng blogger mama hehe..walaupun dah nak masuk sebulan dah tragedi ni berlaku at least ada gak la yang boleh dikongsi dan abadikan dalam blog ni..hari ni nak cerita la sikit sebanyak,tapi rasanya semua dah tahu kot pasal berita hangat ni..12.9.12,jam 4.30petang aritu papa accident,ceritanya papa kena OS kat batu pahat johor 2hari,on the way balik sampai kat highway alor gajah tiba tiba lori trailer datang dari belakang dengan lajunya merempuh belakang kereta menyebabkan bahagian depan kereta papa terhumban ke longkang,kemudian tercampak balik ke jalan raya kereta berpusing2 atas jalan beberapa kali,lori tu pulak langsung tak nampak batang hidung dah jadi,kes langgar lari,apapun syukur alhamdulillah papa dengan kawanya selamat cuma mengalami kecederaan ringan,papa patah tangan kiri,kawanya patah bahu,cedera di bahagian muka,patah jari kaki,alhamdulillah keadaan masih stabil..harta benda boleh dicari ganti tapi nyawa tiada gantinya..
Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah.Sebagai hamba Allah yang hidup di dunia ini, kita harus pasrah dan redha dengan ketentuan Illahi. Sesungguhnya, terdapat segala hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku. Namun, tanpa kekuatan yang diberikan olehNya, kita mungkin tidak dapat mengharunginya dengan mudah. Semuanya sudah diatur oleh Allah SWT untuk melihat sejauhmana keimanan kita terhadapNya..

Dapat cuti lama,tengah berehat
My hero dalam kenangan..

Friday, September 7, 2012

Cuti-cuti Merdeka

Cuti merdeka baru ni kami pergi pineng lagi,melawat rumah baru ayahju dengan ibu farah,tapi kali ni meriah sikit sebab semua ada,dari kelantan dari melaka dari perlis,semua pakat berkumpul rumah ayahju..jadi ronda-ronda pineng lagi la..
Naik feri lagi
Bukit bendera

Dalam train ke bukit bendera

Puncak bukit bendera

Taman Botani




Wednesday, August 29, 2012

Aidilfitri 2012


Assalamualaikum..apakabar u all sihat?masih mood raya lagi ya? lama benar tak conteng & potpet potpet kat sini,kami mood raya dah habis dah seminggu dikampung beraya,makan,jalan sampai tak hengat hehheh..skang dah balik kangar rutin harian macam biasa plak la..ok la nak tampal gak la gambar gambar raya tahun ni kat blog ni walaupun dalam pesbuk dah buh  aci la kan;-)  






Thursday, July 19, 2012

Selamat Berpuasa


Assalamualaikum u olls..lusa nak puasa dah kan,semoga ramadhan tahun ini memberi seribu makna dan semoga kita semua mendapat penuh keberkatan dariNYA amin..
kami sekeluarga ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Tuesday, June 19, 2012

Tunaikan Janji



Budak nih nak jadi tinkerbell..asalnya kami pergi main bowling dengan student2 papa yang last semester,orang main bowling dia sibuk nak main gak tapi tak larat nak angkat bola pon macamana nak baling,mata dah merah sebab tak leh main,papa pujuk la 'nanti kita pegi supermarket kita beli bowling yang kecik sikit ya' ok dah esok nya dia tuntut janji cari-cari kat supermarket tak ada plak,last2 jumpa plak tinkerbell nih nak yang tu pulak la ,bowling tak mau dah..ok senang cerita beli yang tu jek..balik rumah senyap2 ingat buat apa rupanya dia da transform jadik tinkerbell plak dah,sibuk panggil mama suruh tangkap gambar dia jadi tinkerbell dan siap pasan 'nanti mama masuk dalam internet ya' ok ni mama dah masukkan dalam internet nanti kak long tengok la yer...layan je lah kak long oii..