Sweet Heart

Tuesday, August 16, 2011

Sempat raya ke tidak......

Salam 17 ramadhan salam nuzul Al-quran buat semua..hari ni papa dah bertolak balik kangar huhu kejap je rasa 5hari papa cuti,Mama dah masuk 37 minggu lebih kelmarin check up klinik nurse kata kepala baby dah rendah,nenek pun kata nampak perut mama dah rendah..huhu sempat raya ke tidak ni..rasa macam tak berapa nak sempat je,mama pun dah rasa penat lenguh2 1 badan dah..cakap je penat lenguh2 tapi malam kelmarin sempat lagi jelajah pasar borong wakaf che yeh,sempat lagi teroka beberapa buah shopping mall huhu nak puaskan hati sebelum perintah berkurung lepas ni,tak apa lah selagi terdaya kan..hari ni pulak nenek dah sibuk buat ketupat palas awal2 lagi untuk mama takut mama bersalin sebelum raya tak sempat makan lak katanya..dah dapat makan ketupat nenek ni sekurang2 nya tak ada la kempunan mama nanti..harap2 sempat la mama bersalin lepas papa balik sini pulak minggu depan..rasa macam lama la pulak seminggu ni..

Thursday, August 11, 2011

Salah Makan

Malam kelmarin entah silap makan apa tah erisya muntah2,baru nak lelap muntah baru nak lelap je muntah bekali2 sampai keluar air je..seingat mama sblm tu dia makan nasi dengan gulai udang je tapi tak kan sebab udang kot sebelum ni pun makan udang tak pernah jadi macam tu,sampai la dekat pukul 3.30 pagi masih muntah2 lagi,terpaksa bawak pergi klinik,nasib baik gak klinik 24jam dekat,doktor kata mungkin silap makan..doc bagi ubat tahan muntah ikut bawah baru la lega..balik rumah baru boleh tidur..alhamdulillah pagi kelmarin dan hari ni nampak boleh main macam biasa dah..mama baru ingat sebelum tidur malam tu mama ada kasi multi vitamin kat dia,mungkin udang dengan vitamin tu kot tak boleh..huhu bahaya2 kena beringat la lepas ni,dan berita gumbira jugak esok papa balik sempena cuti nuzul quran tak sabar dah mama nak pas button kat papa hehe mama nak rehat kejap..

Monday, August 8, 2011

Kerenah Anak Daraku



Baru 8 hari puasa anak dara saya dah semangat main bunga api..ok la dah sedara2 main join je lah tapi tak leh main selalu mama tak larat nak kejar,suara mama berkumandang siang dan malam huhu sejak balik kampung ni nakalnya makin menjadi2,sabor je lah..langsung tak reti duduk diam kalau senyap tak dengar suara dia tu maknanya dia tido la tu kalau tak ermmm..puss semangat.

Adakah ini aksi seorang budak perempuan??huuhu senang2 je dia smack down orang tak kira la laki ke pompuan

Friday, August 5, 2011

Kena Gigit


kelmarin punya cerita,mama kena gigit dengan bendaalah ni LIPAN huhu orang kata kena gigit lipan sakit..tapi mama rasa sakit sikit je mula2 kena gigit tu rasa cam kena gigit semut merah (semut gatal)lepastu tak rasa apa dah yang bestnya langsung tak bengkak cuma merah sikit je sebab lipan kecik je kot..bukan seperti dalam gambar di atas la..tu pinjam ngan pakcik google jap,kalau sebesar tu agaknya meraung la mama..hehe.

Monday, August 1, 2011

Puasa Pertama

alhamdulillah hari ni dah 2 ramadhan,masuk hari kedua kita berpuasa,alhamdulillah hari pertama mama dapat puasa dengan baik tapi agak letih sikit,dengan cuaca kat sini yang panas terik mencabar keimana betul,baby dalam perut pulak kuat betul tendangnya lapar la kot..dekat nak berbuka lagi kuat dia menendang dan menegang,sian pulak mama rasa nak berbuka sayang pulak sebab tinggal beberapa jam je lg nak berbuka jadi tahan je la..dah masuk waktu berbuka dah masuk makanan dan air elok je dia senyap,tengah menikmati makanan yang mama makan kot,hari ni pulak waktu sahur tadi mama paksa makan banyak2 sikit la harap2 hari ni puasa tak seletih semalam,cuaca hari ni pun elok je mendung tak de la kering tekak sangat..