Sweet Heart

Monday, May 23, 2011

Main air

Cuti hari wesak baru2 ni tak tahu nak gi mana,ingat nak balik kampung tapi serba salah pulak sebab bulan 6 nanti kami mau balik lagi..last2 papa ajak pergi karnival sungai petani..

Begini lah diri ku sekarang yang semakin tembam bam bam ni..kepada kawan2 yang pernah request gambar latest mama ha ni la dia mama buat masa ni,mintak maap le lambat bebenor tepek gambar latestnya..rasa tak berapa best nak bergambar bila dah tembam camni tu yang lama tak posing depan kamera tu.



huuhu..mak buyung pun nak main air tu..hehe



Tuesday, May 10, 2011

My Birthday

Pepagi lagi papa dah wat suprise..thank u papa..

Malam dinner kat secret recipe..


Thursday, May 5, 2011

Suka dan tak suka

Bila dia tengok mama masak atau cuci pinggan sekarang ni dia selalu cakap "kesian mama letih wat keja..nanti erisya dah besar sikit erisya tolong mama ya..erisya nak buat air kat mama dengan papa,nak masak,nak tolong cuci pinggan,sekarang ni erisya kecik lagi tak sampai nak tolong mama" hehe..sejuk telinga mama mendengarnya..itu bab yang mama suka bab yang mama tak berapa nak suka pun ada jugak sekarang ni..pantang orang cakap atau larang apa yang dia nak buat kalau tak betul tu cepat je merajuknya,mana datangnya perangai merajuk ni tak tahu la,sikit2 merajuk sikit2 merajuk aduhai..dulu tak ada pulak suka merajuknya dah besar agaknya anak aku ni..huhu.

tolong mama masukkn kain dalam mesin basuh


tolong mama kupas telur

Tuesday, May 3, 2011

Masak-masak

Sekarang ni mama dah mula boleh masak sendiri,alhamdulillah syukur la..kalau tak asyik duk makan kat luar je bosan pulak,sejak alahan mama dah semakin kurang ni boleh la mama main masak2 lak..layan aje lah antara yang sempat mama ambil gambar.
nasi berlauk pagi kelate..ermm nasi ala kak wok pemes di kota bharu nu ha..gulai ikan aya (ikan tongkol),ayam goreng,dengan sambal belachan..

Brownies cheese cake.


Roti jala gulai ayam


Kuih bingka/kuih bakar/bengkang

Sunday, May 1, 2011

Tanaman

Ingat lagi tak yang mama kata mama simpan biji mangga nak tanam kat entry sebelum ni..hehe ni la hasilnya setelah bijinya disemai dah tumbuh tunggu nak alihkan kat tanah je ni,tapi papa kata tanam kat kampung la senang ada orang jaga,kalo tanam sini xde orang nak siram waktu kami balik kampung..ermm betul jugak tu,nak kena bawak balik kampung la ni bulan 6 nanti baru boleh alihkan kat tanah harap2 pokok2 mangga ni hidup subur..

Ni pulak pokok cili,rasa seronok tengok pokok mangga tu tumbuh datang pulak minat nak tanam yang lain..cantik x pasu mama haha antik gitu,ni sebenarnya bekas air mineral water bisnes abi,dah banyak sangat kat rumah ni ingat nak buang je datang lak idea kalo di potong atas boleh gak buat pasu..ermm itu sebab la pasu mama antik semacam je tu..