Sweet Heart

Friday, December 30, 2011

bye bye 2011


Assalamualaikum..lamanya x update blog ni kan..rasanya kali ni paling lama la kan,entah ada ke tidak tuan punya blog ni,ke dah lupa password hehehe..biasa la kan mama mood yang teramat malas la tu..nak tulis pasal apa yer..blurrr lama x tulis kat blog ermm..ok la nk jawab soalan yang tajuk entry sblm ni la yang dah berbulan2 x jawab tu,"sempat raya ke tidak" jawapanya sempat sangat la smpai terlebih due dah pun terlebih sehari je..ok sekarang baby dah nak masuk 4 bln dah pun..alhamdulillah..kak long plak tahun baru ni dah nak masuk skolah tadika..cam x caya je rasa anak nak masuk skolah dah..rasa baru je kan..kan..hehe..ok la nak tulis banyak lagi sebenarnya tp rasanya takat ni dulu la adik pun dah jaga nak susu..oh ya,sebelum terlupa selamat tinggal 2011,dan selamat datang 2012 kepada kawan semua..

Tuesday, August 16, 2011

Sempat raya ke tidak......

Salam 17 ramadhan salam nuzul Al-quran buat semua..hari ni papa dah bertolak balik kangar huhu kejap je rasa 5hari papa cuti,Mama dah masuk 37 minggu lebih kelmarin check up klinik nurse kata kepala baby dah rendah,nenek pun kata nampak perut mama dah rendah..huhu sempat raya ke tidak ni..rasa macam tak berapa nak sempat je,mama pun dah rasa penat lenguh2 1 badan dah..cakap je penat lenguh2 tapi malam kelmarin sempat lagi jelajah pasar borong wakaf che yeh,sempat lagi teroka beberapa buah shopping mall huhu nak puaskan hati sebelum perintah berkurung lepas ni,tak apa lah selagi terdaya kan..hari ni pulak nenek dah sibuk buat ketupat palas awal2 lagi untuk mama takut mama bersalin sebelum raya tak sempat makan lak katanya..dah dapat makan ketupat nenek ni sekurang2 nya tak ada la kempunan mama nanti..harap2 sempat la mama bersalin lepas papa balik sini pulak minggu depan..rasa macam lama la pulak seminggu ni..

Thursday, August 11, 2011

Salah Makan

Malam kelmarin entah silap makan apa tah erisya muntah2,baru nak lelap muntah baru nak lelap je muntah bekali2 sampai keluar air je..seingat mama sblm tu dia makan nasi dengan gulai udang je tapi tak kan sebab udang kot sebelum ni pun makan udang tak pernah jadi macam tu,sampai la dekat pukul 3.30 pagi masih muntah2 lagi,terpaksa bawak pergi klinik,nasib baik gak klinik 24jam dekat,doktor kata mungkin silap makan..doc bagi ubat tahan muntah ikut bawah baru la lega..balik rumah baru boleh tidur..alhamdulillah pagi kelmarin dan hari ni nampak boleh main macam biasa dah..mama baru ingat sebelum tidur malam tu mama ada kasi multi vitamin kat dia,mungkin udang dengan vitamin tu kot tak boleh..huhu bahaya2 kena beringat la lepas ni,dan berita gumbira jugak esok papa balik sempena cuti nuzul quran tak sabar dah mama nak pas button kat papa hehe mama nak rehat kejap..

Monday, August 8, 2011

Kerenah Anak Daraku



Baru 8 hari puasa anak dara saya dah semangat main bunga api..ok la dah sedara2 main join je lah tapi tak leh main selalu mama tak larat nak kejar,suara mama berkumandang siang dan malam huhu sejak balik kampung ni nakalnya makin menjadi2,sabor je lah..langsung tak reti duduk diam kalau senyap tak dengar suara dia tu maknanya dia tido la tu kalau tak ermmm..puss semangat.

Adakah ini aksi seorang budak perempuan??huuhu senang2 je dia smack down orang tak kira la laki ke pompuan

Friday, August 5, 2011

Kena Gigit


kelmarin punya cerita,mama kena gigit dengan bendaalah ni LIPAN huhu orang kata kena gigit lipan sakit..tapi mama rasa sakit sikit je mula2 kena gigit tu rasa cam kena gigit semut merah (semut gatal)lepastu tak rasa apa dah yang bestnya langsung tak bengkak cuma merah sikit je sebab lipan kecik je kot..bukan seperti dalam gambar di atas la..tu pinjam ngan pakcik google jap,kalau sebesar tu agaknya meraung la mama..hehe.

Monday, August 1, 2011

Puasa Pertama

alhamdulillah hari ni dah 2 ramadhan,masuk hari kedua kita berpuasa,alhamdulillah hari pertama mama dapat puasa dengan baik tapi agak letih sikit,dengan cuaca kat sini yang panas terik mencabar keimana betul,baby dalam perut pulak kuat betul tendangnya lapar la kot..dekat nak berbuka lagi kuat dia menendang dan menegang,sian pulak mama rasa nak berbuka sayang pulak sebab tinggal beberapa jam je lg nak berbuka jadi tahan je la..dah masuk waktu berbuka dah masuk makanan dan air elok je dia senyap,tengah menikmati makanan yang mama makan kot,hari ni pulak waktu sahur tadi mama paksa makan banyak2 sikit la harap2 hari ni puasa tak seletih semalam,cuaca hari ni pun elok je mendung tak de la kering tekak sangat..

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT BERPUASA



SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DARIPADA KAMI SEKELUARGA..

Thursday, July 28, 2011

Jadual Yang Padat

Salam..di hari jumaat,bersiaran lagi dari kampung,wah cepat je rasa seminggu lusa papa dah nak balik perlis waaaa! sedihnya..so hari ni dan esok kena manfaatkan masa yang berharga dengan agenda2 yang padat tersusun,shopping belum habis lagi kelmarin dulu shopping barang baby..alah tambah mana yang patut sikit2 je,kelmarin shopping baju raya erisya,dan kejap lagi lepas solat jumaat ingat nak sambung lagi cari kasut raya erisya pulak dan baju mama..tahun ni beli yang ready made je lah ala2 jubah ke kaften ke..berangan je mama nak raya tah sempat raya ke tidak tah2 baby nak kuar awal huhu harap2 sempat beraya nak gak makan kuih muih raya..huh selesai urusan tu baru mama lega leh duk diam la pas ni..menghitung hari papa balik,menghitung hari raya,menghitung hari baby kuar..harap2 semuanya berjalan lancar.

santapan kelmarin teringin nak makan nasi dagang kelantan yang tok mek buat lama betul tak makan..

Friday, July 22, 2011

Nak Balik Dah..

salam sabtu...buat apa tu? kami di rumah je..sepatutnya hari ni kami dah berangkat pulang ke kampung tapi tak jadi sebab papa ada permintaan untuk buat kelas 1 malaysia plak minggu ni,mulanya ingat nk cancel je pikir2 balik alah rugi la pulak..ok la terima je la bak kata orang rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari, insyallah pagi isnin baru bertolak balik..jadi hari ni dan esok kami dirumah saja lah mungkin petang baru keluar jalan2 cari makan kat pasar malam je kot sebab mama dah tutup dapo peti ais pun dah kosong..erisya pulak dah tak sabar2 dah nak balik kampung dari minggu lepas lagi duk kira hari,bangun pagi tadi celik mata je tanya 'mama kita ada 1 hari lagi nak balik kampung kan'ermm ya lah seronok sangat la nak main tu..jangan main sampai tak dengar cakap mama sudah la risau jugak mama nak control dia sorang2 nanti nasib baik 3 minggu je seminggu sebelum raya nanti papa balik kampung lagi..ermm dah seronok2 sedih jugak rasa sebab puasa tahun ni tak leh nak berbuka dan sahur dengan papa sian papa sahur berbuka sorang2 tak pe la 3minggu je seminggu lagi leh berbuka sahur sama2..ok la kita bersiaran lagi dari kampung insyallah kalau rajin harap2 rajin la

Thursday, July 14, 2011

Last dah

salam petang khamis..lama tak pot pet pot pet kemalasannn..nak citer pasal apa yer,pasal check up selasa lepas dah last check up sini next check up kat kampung la pulak,seminggu lebih lagi nak balik kampung stay sana sampai lepas pantang..balik kampung awal sikit la sebelum puasa balik lewat2 takut penat la perjalanan yang agak jauh tu..ermm hari ni lak ganti puasa jugak last dah..akhirnya,ada berapa jam lagi nak berbuka...tik tok tik tok..berbuka dengan nasi kerabu beli je lah tak larat nk masak..cuma masak untuk pencuci mulut je lah hari ni,rasa nak makan kek gula hangus..lama tak makan lagipun nak habiskan butter dalam peti sejuk tu sebelum balik kampung..baru keluar dari oven panas2 lagi...posing dulu la..

Tuesday, June 28, 2011

Laporan

Baru je balik dari klinik check up lagi,alhamdulillah semuanya ok,tekanan darah,urine dan keputusan MGTT pun semuanya ok..berat badan untuk 2 minggu setengah kg je naik,huhu control habis kali ni,makan pun cover baik punya la..tapi penat jugak makan nak kena control ni pantang nanti dah sah2 kena control masa mengandung ni la nak makan puas2 tapi x dapek gak le demi kesihatan kan kena jugak la control makan tu..oh ya tahu tak apa yang mama makan sampai naik 3kg 2 bulan lepas tu..kepada kawan2 kalau masa pregnant jangan la kemaruk cam mama ni ya makan sikit2 xpe..hehe bulan pertama gian sangat makan ni dia perghhh..lepas 1 tapau 1 tapau angkut kat kedai tau..

kemudian ni lagi,alah kan bulan mei kan besday mama jadi dah terbeli kek sebijik sape lagi nak abis kan,papa sah2 dah x makan kek camtu,erisya makan aising je..sudahnya masuk perut mama gak la..

lagi dan macam2 lagi

Dan baru2 ni ada kawan papa balik dari honeymoon kat langkawi dia kasi ni,dah 2 minggu benda ni ada kt umah ni tapi nampak cam x luak je tu,aiii tak ada orang nak makan ke ni??..agak2 sapa yang nak habiskan tu...oh tidak godaan betul la..

Tuesday, June 21, 2011

oh GCB !!



Sekarang ni MCD tengah keluarkan balik GCB ni,wah tengok dalam iklan tv meleleh air liur mama tau,sebenarnya dari awal pregnant baru ni lagi mama mengidam dan tertunggu2 bila la MCD ni nak keluarkan balik GCB ni last2 minggu lepas tengok ada dalam iklan Tv,ini lah masanya yang ditunggu2...tapiiiiiiii....huhu ada tapinya 3hari lepas masa mama check up klinik berat badan mama naik banyak la,dah 2 bulan berturut2 timbang naik 3kg sebulan,ni gara2 dua bulan lepas mama makan x cover la ni mentang2 la alahan dah makin kurang selera pun baik punya..makan pulak benda yang mudah buat berat badan naik..gara2 berat badan naik banyak ni jugak mama kena ulang alik pergi klinik selang sehari selama seminggu untuk check tekanan darah dengan paras gula dalam air kencing,tiap kali check result tu ok je..aduhai itu pun jadi isu ke penat tau..kebetulan pulak hari ni papa ada KPSL kat alor star rasa nak je roger2 suruh belikan GCB ni,tapi pikir2 biar la dulu kot lagi pun hari ni last kena pergi ambik tekanan darah kat klinik,selesai yang tu dulu nanti dah ok semuanya mama nak ngappp GCB tu..ermmmm.

Monday, May 23, 2011

Main air

Cuti hari wesak baru2 ni tak tahu nak gi mana,ingat nak balik kampung tapi serba salah pulak sebab bulan 6 nanti kami mau balik lagi..last2 papa ajak pergi karnival sungai petani..

Begini lah diri ku sekarang yang semakin tembam bam bam ni..kepada kawan2 yang pernah request gambar latest mama ha ni la dia mama buat masa ni,mintak maap le lambat bebenor tepek gambar latestnya..rasa tak berapa best nak bergambar bila dah tembam camni tu yang lama tak posing depan kamera tu.



huuhu..mak buyung pun nak main air tu..hehe



Tuesday, May 10, 2011

My Birthday

Pepagi lagi papa dah wat suprise..thank u papa..

Malam dinner kat secret recipe..


Thursday, May 5, 2011

Suka dan tak suka

Bila dia tengok mama masak atau cuci pinggan sekarang ni dia selalu cakap "kesian mama letih wat keja..nanti erisya dah besar sikit erisya tolong mama ya..erisya nak buat air kat mama dengan papa,nak masak,nak tolong cuci pinggan,sekarang ni erisya kecik lagi tak sampai nak tolong mama" hehe..sejuk telinga mama mendengarnya..itu bab yang mama suka bab yang mama tak berapa nak suka pun ada jugak sekarang ni..pantang orang cakap atau larang apa yang dia nak buat kalau tak betul tu cepat je merajuknya,mana datangnya perangai merajuk ni tak tahu la,sikit2 merajuk sikit2 merajuk aduhai..dulu tak ada pulak suka merajuknya dah besar agaknya anak aku ni..huhu.

tolong mama masukkn kain dalam mesin basuh


tolong mama kupas telur

Tuesday, May 3, 2011

Masak-masak

Sekarang ni mama dah mula boleh masak sendiri,alhamdulillah syukur la..kalau tak asyik duk makan kat luar je bosan pulak,sejak alahan mama dah semakin kurang ni boleh la mama main masak2 lak..layan aje lah antara yang sempat mama ambil gambar.
nasi berlauk pagi kelate..ermm nasi ala kak wok pemes di kota bharu nu ha..gulai ikan aya (ikan tongkol),ayam goreng,dengan sambal belachan..

Brownies cheese cake.


Roti jala gulai ayam


Kuih bingka/kuih bakar/bengkang

Sunday, May 1, 2011

Tanaman

Ingat lagi tak yang mama kata mama simpan biji mangga nak tanam kat entry sebelum ni..hehe ni la hasilnya setelah bijinya disemai dah tumbuh tunggu nak alihkan kat tanah je ni,tapi papa kata tanam kat kampung la senang ada orang jaga,kalo tanam sini xde orang nak siram waktu kami balik kampung..ermm betul jugak tu,nak kena bawak balik kampung la ni bulan 6 nanti baru boleh alihkan kat tanah harap2 pokok2 mangga ni hidup subur..

Ni pulak pokok cili,rasa seronok tengok pokok mangga tu tumbuh datang pulak minat nak tanam yang lain..cantik x pasu mama haha antik gitu,ni sebenarnya bekas air mineral water bisnes abi,dah banyak sangat kat rumah ni ingat nak buang je datang lak idea kalo di potong atas boleh gak buat pasu..ermm itu sebab la pasu mama antik semacam je tu..

Saturday, April 30, 2011

Geng Skuter

Dulu geng basikal..4,5 orang kawan2 sebaya erisya main basikal ramai2 kat bawah,sekarang dah tukar kepada geng skuter pulak..layan erisya main skuter kat taman.

Friday, April 8, 2011

Dah dapat..

salam petang jumaat..fuhhh...fuh...syuhhh..syuh..buang sawang sikit..rabu petang baru sampai perlis,utara banjir lagi dapat cuti free lagi jadi laju je la kami balik kampung apa lagi cuti free tu sapa senang2 nak kasi kan,seminggu jugak la kami kat kampung..segala keinginan,idaman mama pun dah dapat mama penuhi hehe apa lagi makan la..apa yang tak ada dan tak dapat kat sini semuanya dah dapat kat kampung makan sepuas2nya..apa yang tak ada dan tak dapat tu macam la duk ober C pulak kan..yang tak ada dan tak dapat kat sini tentulah air tangan ibu mana nak dapat kalau tak balik kampung..alhamdulillah syukur.

Monday, March 7, 2011

Boleh la daripada tak ada

salam..ku gagahkan jua jari jemariku menaip blog ini huhu..mama terasa sangat nak makan buah asam jawa muda dengan mangga muda,kalau dapat gigit2 wah sedapnya! kecur air liur rasanya..duk selalu lalu lalang kat sekitar negeri perlis ni banyaknya pokok2 asam jawa dengan pokok mangga,tapi orang punya la tak kan nak gi mintak pulak,nak beli tak ada pulak dijual kat kedai2 agaknya dorang tanam tuk makan sendiri2 je kot..papa kata try la cari kat padang besar mana la tahu kot2 ada jual,jadi semalam try la cari tapi sayangnya tak ada jugak yang adanya semua yang masak,ermm boleh la daripada tak ada yang masak pun masak la asalkan dapat gak mama makan..huhu sian kan bini ngan mama sapa lah ni..hehe duk terfikir nape la ILP ni tak tanam je pokok2 asam dengan mangga kat dalam ILP kan ada gak pekdahnya leh gak makan daripada tanam pokok2 hiasan yang tak hasilakan faedah pun..terfikir gak nak tanam sendiri wah biar betik..kalo mama tanam agaknya tak sempat la nak rasa dah pindah..tapi kan semalam masa kopek buah mangga tu mama ada simpan biji papa tanya nak buat apa mama kata nk tanam la mana la tahu kan..alih2 kena gelak aje kat papa huhu...sian sian..

yang ni pulak bukan mama yang ngidam tapi anak dara mama yang ngidam..dulu masa pregnant ke dia mama mengidam strawbery dapat gak makan dengan puasnya,sekarang ni dia dah besar dia sendiri suka makan.

singgah kejap timah tasoh resort,ermm dengar2 nya kat sini la tempat nak buat family day tahun lepas tapi tak jadi sebab dilanda banjir..tahun ni belum ada kabar berita lagi entah ada entah tidak..


suka sangat buat senget kepala masa nak ambik gambar..posing maut lah konon..

Monday, February 28, 2011

Salam..

Assalamualaikum...hai apakabar semua?? semoga sihat2 belaka hendaknya..terasa rindu pada blog yang sudah lama mama peram ni,agak2 dah jadi pekasam tak hehe,rupanya dah sebulan yer mama tak update blog ni,last update 28 jan hari ni dah 28 feb,esok dah masuk bulan baru dah,sebulan tak berblog agak lama jugak yer,FB tu buka la jugak jarang2..sampaikan ada kawan2 yang bertanya,malah ada jugak yang talipon terus tanya mama kenapa..terima kasih banyak la pada kawan2 yang sangat perihatin,nak tergelak pun ada bila ditanya KENAPA? sebenarnya tak ada apa2 pun cuma malas mama yang makin menjadi2 jer,ada jugak yang kata nak bukak internet pun malas gak ker?bukanya busy apa pun orang yang lagi busy pun boleh bukak internet,hehe dah tu camno,tapi kan mama kira ok la jugak bukak la jugak kan,ada sorang kawan mama dulu lagi teruk tau masa dia pregnant langsung tak bleh nak layan internet,terfikir nak bukak internet je terus muntah2,ada jugak kan macam tu..tapi mama tak der lah macam tu cuma tak berapa nak rajin sikit je..ok lah dulu buat kali n jumpa lagi di next entry insyallah..salam.

Friday, January 28, 2011

Balik Kampung

Hali ni hali Jumaat,esok hali sabtu..ada apa dengan hali sabtu?..esok kami mau balik kampung cuti laya cina ma..halap2 jalan laya talak jem ma..halap2 cepat sampai..hati mama manyak itu munga2..lalalala..ok la selamat bercuti aaa..tata.Innocent Emoticons

Monday, January 24, 2011

Papa Punya Birthday

Tanggal 20.1.2011 baru ni birthday papa..Party Emoticonsermm baru nak update alahai mama sekarang ni ikut mood la kalau datang mood rajin tu maka update la blog kalau malas tu maka sawang la blog mama ni,so tahun ni meningkat lagi satu angka,angka baru plak senang kata tukar plate number 3 la pulak ,..haha jangan jeles yer papa sebab mama masih plate number 2 haha..mama just buat sebiji kek span pandan konon2 tuk birthday papa la,kek biasa jek x der toping2 pon,x plan nk buat sebenarnya,last minit buat tengok bahan2nya ada so on je la yang ada lilin bagai tu erisya punya idea nak jugak papa tiup lilin,jadi godek2 almari ada la sebatang lilin yang lebih birtday erisya baru ni ha boleh la tu nak puaskan hati anak dara ni..Party Emoticons




epi besday papa..we love u so much Love Emoticons

Wednesday, January 19, 2011

Suamiku chef wan?????

Haha bikin gempak tajuknya,bukan chef wan yang ni ya..



Ini chef wan yang ni,chef hazuan haha..oleh kerana semalam dia masak jadi mama panggil dia chef la kejap,dah seminggu mama cuti masak sebenornya,dah tekak tak leh nak terima jadi beli je lah,tengok dalam peti ais ada plak ayam mentah yang kami beli weekend baru ni,sayang pulak daripada tak buat apa,jadi semalam papa offer diri la nak masak,ermm dah lama bebenor papa tak masuk dapur seingat mama last dia masuk dapur masa mama mengandungkan erisya pastu sekarang ni erisya dah masuk umur 3 tahun dah pun..ermm..untuk makan malam semalam dapat gak la mama merasa air tangan papa niICQ Emoticons
terima kasih daun keladi ya..Free Avatars