Sweet Heart

Thursday, December 30, 2010

Happy New Year 2011



New year comments greetings, happy new year animated scraps

Best at Goodlightscraps

Tak Mahu Ubat

Dua hari lepas ini budak demam bengkak gusi lagi,pandai sangat gigit puting susu,seharian tak dengar suara dia camana nak cakap mulut dah bengkak,pergi klinik nak bagi makan ubat punya lah payahnya,kalau nak pegang paksa suap ubat tenaga kami berdua ni pun senang2 je dia tepis,kalau ubat demam tu boleh lg la bagi ikut bawah tu pun kalau badan panas sangat tapi kalau ubat antibiotik menang terpaksa jugak la bergelut nak bagi makan ubat tu,bergelut dah 1 hal dah ubat masuk dalam mulut sengaja pulak dia muntahkan balik dah tu camana nak cepat baik,tapi semalam tah mimpi apa dia nak pulak makan ubat,senang pulak makan ubat penat bergelut kot,hari ni tak nak makan pulak..huhu apahal lak ni,tengahari tadi pandai dia pergi kat mama cium2 pipi mama ingat kenapa..rupanya nak pujuk mama supaya tak kasi dia makan ubat dah "erisya dah sembuh dah mama tak sakit dah tak payah makan ubat dah kan mama?.." ya lah tu kalau dengan mama tak ada pujuk2 selagi tak sembuh ubat tetap kena makan..bukan saja2 mama nak kasi ubat kalau tak sakit.

Demam dah kurang baru nak start main.

Saturday, December 25, 2010

Mengimbau kenangan..

salam..ermm sebenarnya hari ni masih mood anniversary,imbau kenangan 5 tahun lepas 25.12.2005 kami sah di ijabkabulkan sebagai suami isteri,26.12.2005 kami di sandingkan..duk belek2 album kawin kami semalam mama rasa gatal tangan lak nak tepek gambar kawin kat sini..hehe mungkin ada yang dah tengok ada yang belum..ok yang dah tengok tu boleh tengok skali lagi yang belum tengok boleh la gelak hehe..maklum le gambar zaman muda2 dulu kelakar plak rasa bila tengok balik..ceh macam la lama sangat kan padahal baru 5tahun..baru lagi la kan..maaf kualiti gambar tidak berapa memuaskan maklum le gambar scan kan,ok lah jom layan gambar...

saat di ijabkabulkan..25.12.05


Giliran pengantin perempuan turunkan tandatangan..


Upacara pembatalan air sembahyang..


Dikamar pengantin


Menyambut kedatangan pengantin lelaki..26.12.05


Bergamabr kenangan


Di atas pelamin bertemakan hijau putih..


Persalinan ketiga..





Potong kek


Makan beradap


Persalinan ke empat


Persalinan ke lima dirumah mertua,majlis menyambut menantu..29.12.05




Dan ini lah permata hati kami..

Anniversary kami..


Orkut Myspace Anniversary Scraps, Graphics and Comments


Hari ni Anniversary kami yang ke 5 tahun,siang papa ajak jalan2 kat aloq staq singgah mcd pekena prospereti burger kat citi plaza sat lama tak makan,pastu jalan2 kat aloq staq mall,jualan year end sale dan krismas banyak gak barang2 murah,dalam duk jalan2 tu mama ternampak satu barang ni ermm cantik!..ish papa lak kasi green light hehe apa lagi sambar je la satu..alah kunun2 hadiah sempena anniversary katanya..terima kasih banyak2,barang apa? nak bagitahu gak ke? tak yah la..ok pastu malam plak makan2 kat kedai kegemaran kami Nawal Tomyam Seafood wah glamer plak kedai ni masuk blog,ya makanan kat kedai ni lah satu2 nya kedai yang sangat menepati citarasa tekak kami,kepada sapa2 yang bercita2 nak mai perlis cuba la ke kedai tu gerenti balik tempat anda dok teringat2 tomyam dia..eh ter-promote plak ke,sorry ya ni iklan tak berbayar ikhlas dari pelanggan tetap,tempat dia sempoi je,harga sangat murah..Tomyam 1+telur dadar 1+nasi putih 3+milo ais+teh o ais semuanya RM10 hengget je..murahkan.tapi tadi selera kami lebih sikit maklum ler petang makan burger je mlm lapar sikit la,siakap sweet & sour,telur dadar,burung puyuh goreng kunyit..alhamdulillah kenyang betul..eh lari jauh plak ngan topik anniversary kan ok lah ambik mood balik..
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE 5 BUAT KAMI SUAMI
ISTERI....semoga kami sentiasa di beri kebahagian&keharmonian hingga akhir hayat...amin.

Monday, December 20, 2010

Family Picnic

Family datang dari kampung nak sambut birthday erisya,birthday yang ke 3 pada tahun ni..alhamdulillah 3 tahun dah anak mama ni.

Esoknya kami ramai2 picnic di gua kelam..alang2 dah ada semua kan,selalunya ada yang tak dapat datang,tapi kali ni semua ada..itu yang mama plan nak buat BBQ kat air terjun.





Seronok keluarga dapat berkumpul ramai2 insyallah lain kali panjang umur kita buat lagi yer..

Wednesday, December 15, 2010

Happy Birthday Erisya..

Birthday

Hari ni Birthday anak dara mama yang ke 3 tahun..insyallah tunggu family sampai dari kampung lusa baru kita potong kek yer.

Simpati..


Harian metro 15 december 2010,KEBULUR TUNGGU MAYAT IBU,tetiba lak hati ni rasa tersentuh sangat sampai aku boleh menitiskan air mata,kenapa la kejamnya manusia ni suka memusnahkan sesama sendiri,seorang ibu tunggal mati dibunuh 3hari yang lalu tak boleh nak bayangkan macamana perasaan budak tu bila tengok ibunya terlantar tak sedarkan diri,seorang budak yang tak tahu apa2 sanggup kelaparan menunggu mayat ibunya,mayat sampai dah berulat,dan dipercyai mengalami trauma dengan pengalaman itu mana la letaknya perikemanusiaan mereka yang sanggup membunuh sesama manusia..astarfirullah halazim...

Tuesday, December 7, 2010

Jaga Baby


Minggu lepas punya cerita,mama jaga baby anak jiran,pengasuhnya mau kenduri kendara jadi mama tolong jaga la 2 hari,ish..dah lama betul tak jaga baby kecik kan kekok pulak rasanya,sib baik 2 hari je..kehekeh..hari pertama ok je mak dia mintak balik kerja awal,hari kedua pagi sampai tengahari ok lagi,dah petang menangis pulak..panik kejap mama apa nak buat susu tak nak,masuk buai pun tak nak,dukung stop nangis jap pastu sambung nangis balik huhu..rupanya mak dia kata baby ni memang ada sawan tangis orang tua2 kata..ermm erisya pun heran tengok nape la baby ni kuat nangis..