Sweet Heart

Monday, November 29, 2010

Tom & Jerry punya pasal


Erisya punya cerita,hari2 mau tengok kartun Tom Jerry,dapat tengok kartun tu orang panggil pun dah tak dengar dah,gayanya macam dia pulak yang dikejar kucing tu terpekik2 bila kucing kejar tikus tu..hari tu tengah khusyuk dia layan kartun Tom & Jerry kat Channel Cartoon Network tu tiba2 hujan pulak siaran pun tergendala la,dia tengok mama,mama buat dek je buat2 tak nampak malas nak layan takut dia ngamuk nak tengok jugak,pastu mama tengok dia tunduk sambil tadah tangan mulut kumatkamit ingatkan kenapa,mama pasang telinga nak dengar dia cakap apa,rupanya tengah berdoa..

Doa Sebelum Tidur:
Bismikallahumma ahya wa amutu

Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati


Lepas baca dia hembus2 kat Tv,tak jadik lagi baca lagi hembus lagi..mama dah nak tergelak dah tengok telatah dia tak pernah mama tengok dia hembus2 macam tu..Lepas kali ketiga baca kebetulan siaran dah boleh tengok.. dah tak hujan kot masa tu..mungkin gak doa dia termakbul walaupun cuma baca doa tidur yang penting niat..sesunggunya allah itu maha berkuasa.

3 comments:

znurul said...

alahai...so sweet..
pandai anak mama ye....afiq pun skrg asik layan CN je..rasa mcm nak lock dah chanel tu, langsung takmo tgk PHDC dah..

Liz@ n H@ris said...

pandainye die...;)

irma said...

lagi tido tv tu erisya bc doa tido...hihi pandai erisya...