Sweet Heart

Thursday, November 4, 2010

Banjir Di ILP kangar

Ahad 31 oktober 2010 hujan turun mencurah2 dari pagi ke malam,ingat hujan biasa je..esoknya hujan lagi tak henti2,air mula kelihatan atas padang ILP kangar,menurut staff2 yang dah lama kat situ kalau air penuh kat padang tu kemungkinan sejarah tahun 2005 banjir di perlis yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit kerana mesin2 mengalami kerosakan di tenggelami air berulang kembali,sangkaan tu tepat sekali kerana isnin 1 nov 2010 air makin meningkat dari paras buku lali,ke paras lutut..nasib baik lah kami dan staff2 ILP sempat melarikan kereta pada malam isnin tu pada malam tu jugaklah bekalan eletrik terpaksa ditutup bagi menyelamatkan punca kuasa mengalami kerosakan,maka terpaksa bergelap la seluruh warga ILP kangar,semuanya pakai manual je lah,masak,basuh pakaian,handpone pulak bateri semakin kurang dan terpaksa dimatikan sebab nak jimat bateri..selasa 2 nov 2010 air paras pinggang mungkin esok surut la kot,sangkaan kami meleset bila rabu 3 nov 2010 air makin naik setengah2 tempat sampai paras dada,bekalan makanan pun dah nak habis,yang paling risaunya takut gas pun pun nak habis,maka kami bincang2 kata sepakat semua warga ILP keluar cari bantuan,tak lama lepas tu bantuan JPA pun sampai membawa kami semua ke tempat selamat,ada yang stay di pusat pemindahan dan ada yang balik kampung,petang tu jugak kami balik kampung,alhamdulillah selamat sampai..syukur la kami semua selamat dari bencana banjir tu,satu pengalaman yang tak dapat dilupakan..
Padang ILP kangar pada 1 nov 2010..

Air semakin meningkat


Selasa 2 nov 2010

Rumah pengarah dah dimasuki air..

Rabu 3 nov 2010 Staff2 ILP keluar meminta bantuan..

Bantuan JPA tiba


Terpaksa menggunakan tangki air untuk mengangkut kami sampai ke lori JPA..

1 comments:

irma said...

ish..ish..teruk gak naik air ye ilp sana...ada pengalaman banjir lah erisya yer....alhamdulillah semua selamat kan..