Sweet Heart

Monday, November 29, 2010

Tom & Jerry punya pasal


Erisya punya cerita,hari2 mau tengok kartun Tom Jerry,dapat tengok kartun tu orang panggil pun dah tak dengar dah,gayanya macam dia pulak yang dikejar kucing tu terpekik2 bila kucing kejar tikus tu..hari tu tengah khusyuk dia layan kartun Tom & Jerry kat Channel Cartoon Network tu tiba2 hujan pulak siaran pun tergendala la,dia tengok mama,mama buat dek je buat2 tak nampak malas nak layan takut dia ngamuk nak tengok jugak,pastu mama tengok dia tunduk sambil tadah tangan mulut kumatkamit ingatkan kenapa,mama pasang telinga nak dengar dia cakap apa,rupanya tengah berdoa..

Doa Sebelum Tidur:
Bismikallahumma ahya wa amutu

Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati


Lepas baca dia hembus2 kat Tv,tak jadik lagi baca lagi hembus lagi..mama dah nak tergelak dah tengok telatah dia tak pernah mama tengok dia hembus2 macam tu..Lepas kali ketiga baca kebetulan siaran dah boleh tengok.. dah tak hujan kot masa tu..mungkin gak doa dia termakbul walaupun cuma baca doa tidur yang penting niat..sesunggunya allah itu maha berkuasa.

Sunday, November 21, 2010

Update..

Petang semalam baru sampai perlis,dah sampai perlis baru ada hati nak berblog,berface book,kalau duk kampung rasa masa tu tak pernah nak cukup,ada je benda nak dikerjakan,lagi pulak tambah dengan adanya keluarga sanak sudara rasa macam tak bukak blog/facebook setaun pun tak apa hehe..pendek kata seronok dikampung sampai lupa benda2 ni semua..ni gambar sekadar nak buang sawang di blog,tepek sikit dah la lagi pun dalam kamera ni banyak sangat gambar lembu,tepek gambar lembu buat apa dah selamat masuk pewot dah pun hehe..
Anak dara mama dipagi raya.

Menumbangkan sekor lembu..

Thursday, November 4, 2010

Banjir Di ILP kangar

Ahad 31 oktober 2010 hujan turun mencurah2 dari pagi ke malam,ingat hujan biasa je..esoknya hujan lagi tak henti2,air mula kelihatan atas padang ILP kangar,menurut staff2 yang dah lama kat situ kalau air penuh kat padang tu kemungkinan sejarah tahun 2005 banjir di perlis yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit kerana mesin2 mengalami kerosakan di tenggelami air berulang kembali,sangkaan tu tepat sekali kerana isnin 1 nov 2010 air makin meningkat dari paras buku lali,ke paras lutut..nasib baik lah kami dan staff2 ILP sempat melarikan kereta pada malam isnin tu pada malam tu jugaklah bekalan eletrik terpaksa ditutup bagi menyelamatkan punca kuasa mengalami kerosakan,maka terpaksa bergelap la seluruh warga ILP kangar,semuanya pakai manual je lah,masak,basuh pakaian,handpone pulak bateri semakin kurang dan terpaksa dimatikan sebab nak jimat bateri..selasa 2 nov 2010 air paras pinggang mungkin esok surut la kot,sangkaan kami meleset bila rabu 3 nov 2010 air makin naik setengah2 tempat sampai paras dada,bekalan makanan pun dah nak habis,yang paling risaunya takut gas pun pun nak habis,maka kami bincang2 kata sepakat semua warga ILP keluar cari bantuan,tak lama lepas tu bantuan JPA pun sampai membawa kami semua ke tempat selamat,ada yang stay di pusat pemindahan dan ada yang balik kampung,petang tu jugak kami balik kampung,alhamdulillah selamat sampai..syukur la kami semua selamat dari bencana banjir tu,satu pengalaman yang tak dapat dilupakan..
Padang ILP kangar pada 1 nov 2010..

Air semakin meningkat


Selasa 2 nov 2010

Rumah pengarah dah dimasuki air..

Rabu 3 nov 2010 Staff2 ILP keluar meminta bantuan..

Bantuan JPA tiba


Terpaksa menggunakan tangki air untuk mengangkut kami sampai ke lori JPA..