Sweet Heart

Tuesday, October 5, 2010

Bercuti Di Pulau Langkawi

salam..sekarang masuk bab cuti2 malaysia lah pulak yer..lepas raya rasa macam nak bercuti pulak rasa macam dah lama x bercuti..Ni antara gambar2 percutian kami ke Pulau Langkawi tak larat nk masuk banyak2 kalo nak tengok banyak boleh tengok kat Face Book.

Sabtu 2/10/10
Jam 10.00am kami bertolak dari kuaters ILP kangar ke jeti kuala perlis dihantar oleh kawan papa,Jam 11.30am menaiki bot dan bertolak ke Langkawi..

Jam 12.30pm kami tiba di jeti Langkawi,sewa kereta dan check in Hotel Grand Continental untuk 3hari 2 malam,petang oleh kerana hujan kami cuma pusing2 langkawi..harap2 esok x hujan.

Lepas makan malam kami pergi ke eagle square untuk melihat keindahan pantai yang disinari dengan lampu2 dan tak lepaskan peluang bergambar dengan eagle pada waktu malam..

Ahad 3/10/10
Alhamdulillah cuaca sungguh cantik hari ni,lepas breakfast kami ke makam Mahsuri..

Kemudian destinasi kami seterusnya ialah menaiki cable car dan sky bridge..menaiki cable car mengambil masa 15minit untuk sampai ke platform atau puncak gunung, ketinggian sky bridge ialah 700meter dari paras laut dan mencapai awan,dari situ jugak dapat melihat keseluruhan pulau Langkawi,utara Thailand dan barat daya indonesia,dan dibawahnya pula terdapat air terjun yang sungguh cantik..sungguh kagum dengan ciptaan allah swt.



Ini lah sky bridge jambatan yang dibina ke puncak gunung mat Chinchang

Kemudian kami ke air terjun telaga tujuh..



Puas menikmati keindahan alam semula jadi hutan hujan tropika kami beralih ke pantai Tanjung Rhu,cantik sangat..air lautnya kehijauan dan pulau2 kecil..jam sudah menunjukkan pukul 3.00pm kaki pun dah lenguh badan pun dah penat,perut pun dah lapar jadi kami pulang ke hotel mandi sembahyang,dan makan..badan rasa nak baring tapi hati rasa belum puas berjalan lagi..jam 5.30pm kami keluar lagi dan pergi ke langkawi fish farm,kat sini boleh mancing kemudian ikan2 dimasak makan kat restorant tu,tapi sayangnya perut kami masih kenyang kerana makan tengahari kami yang agak terlewat tadi,jadi kami cuma bergambar je lah kat jambatan tu.



Isnin 4/10/10
Brakfast dan check out hotel dan kami ke ismail group untuk beli aneka coklat..rambang mata nak memilihnya..kemudian kami ke jeti pulangkan kereta sewa kemudian bertolak pulang ke kangar perlis..



Bye bye langkawi!

3 comments:

znurul said...

comel tu 3 beradik pakai baju serupo..best dia dapat gi coti2..kami pun dah lama x coti2..

irma said...

syiok baa...

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.