Sweet Heart

Sunday, October 31, 2010

Mama Dah Mula Suka..



We are the champion!! hehe tetiba lak gara2 bola sepak final kelantan vs n.9 semalam la ni..tak pernah2 mama tengok dan suka bola sepak sebelum ni,kalau bab2 bola ni papa sorang je la duk depan tv tu,mama pernah kata kat papa daripada tengok bola lebih baik mama pandang atas tengok siling haha sampai camtu skali..tapi semalam mama plak yang ambik tiket depan skali,depan tv la..hehe..dari awal sampai akhir mama tengok haha apa dah jadi ni..mama pulak yang lebih2..semangat sokong pasukan kelantan tu..TAHNIAH! kepada pasukan bola sepak kelantan..siapa sangka mama dah mula suka bola sepak..kehkeh..

Thursday, October 21, 2010

Duhai Anak Daraku...

Nak story mory pasal anak dara ni sikit..sekarang ni mama rasa lega sangat,rasa macam burung terbang diawan biru..tapi..hehe ada pulak tapinya..ni ha si anak dara ni sejak akhir2 ni banyak perkara yang dia suka sangat buat sendiri,memula dia dah x nak pakai diapers asyik duk ulang alik masuk keluar toilet,teruja sangat la tu bila dah pandai buang sendiri kat toilet kan (dalam hati mama bagus la x payah la beli diapers dah selamat duit)tapi kadang2 ada gak dia terlupa yang dia x pakai diapers kadang2 terkucil jugak..kena la mama mencucinya,x per la adat la kan budak baru nk belajar tapi kadang2 geram jugak kalau terkucilnya agak berkali2 dah termarah la pulak (ish apa la mama ni kan kenapa la x leh tahan marah tu sikit) sekarang dia dah merajuk pulak mintak nak pakai diapers plak..katanya takut terkeluar nanti kena marah lagi huhu..tapi pakai je la tuk nak cover kot2 dia terkucil lagi,tapi kalau nak buang air dia masih buang kat toilet lagi..kedua dia dah pandai mandi sendiri mama cuma tengok dan pantau je la kot2 dia main ngelat mandi x buh sabun hehe..dah pandai mandi sendiri makin menjadi2 pulak suka mandinya skejap2 mintak nak mandi skejap2 nak mandi adoyaii..Ketiga pandai pulak pakai dan bukak pakaian sendiri,teruja lagi habis pakaian dalam almari dia tu di cubanya,lepas satu2 dicuba jenuh la mama nak melipatnya balik..Keempat dah pandai cuci tangan sendiri,tangan x kotor pun dia kata kotor alasanya sebab nak panjat bakul kain nak bukak paip nak basuh tangan sendiri..


Kononya ambik air sembahyang padahal seronok nak main air..



Ni lah bakul yang dia lapik buat basuh tangan..


Tuesday, October 5, 2010

Bercuti Di Pulau Langkawi

salam..sekarang masuk bab cuti2 malaysia lah pulak yer..lepas raya rasa macam nak bercuti pulak rasa macam dah lama x bercuti..Ni antara gambar2 percutian kami ke Pulau Langkawi tak larat nk masuk banyak2 kalo nak tengok banyak boleh tengok kat Face Book.

Sabtu 2/10/10
Jam 10.00am kami bertolak dari kuaters ILP kangar ke jeti kuala perlis dihantar oleh kawan papa,Jam 11.30am menaiki bot dan bertolak ke Langkawi..

Jam 12.30pm kami tiba di jeti Langkawi,sewa kereta dan check in Hotel Grand Continental untuk 3hari 2 malam,petang oleh kerana hujan kami cuma pusing2 langkawi..harap2 esok x hujan.

Lepas makan malam kami pergi ke eagle square untuk melihat keindahan pantai yang disinari dengan lampu2 dan tak lepaskan peluang bergambar dengan eagle pada waktu malam..

Ahad 3/10/10
Alhamdulillah cuaca sungguh cantik hari ni,lepas breakfast kami ke makam Mahsuri..

Kemudian destinasi kami seterusnya ialah menaiki cable car dan sky bridge..menaiki cable car mengambil masa 15minit untuk sampai ke platform atau puncak gunung, ketinggian sky bridge ialah 700meter dari paras laut dan mencapai awan,dari situ jugak dapat melihat keseluruhan pulau Langkawi,utara Thailand dan barat daya indonesia,dan dibawahnya pula terdapat air terjun yang sungguh cantik..sungguh kagum dengan ciptaan allah swt.



Ini lah sky bridge jambatan yang dibina ke puncak gunung mat Chinchang

Kemudian kami ke air terjun telaga tujuh..



Puas menikmati keindahan alam semula jadi hutan hujan tropika kami beralih ke pantai Tanjung Rhu,cantik sangat..air lautnya kehijauan dan pulau2 kecil..jam sudah menunjukkan pukul 3.00pm kaki pun dah lenguh badan pun dah penat,perut pun dah lapar jadi kami pulang ke hotel mandi sembahyang,dan makan..badan rasa nak baring tapi hati rasa belum puas berjalan lagi..jam 5.30pm kami keluar lagi dan pergi ke langkawi fish farm,kat sini boleh mancing kemudian ikan2 dimasak makan kat restorant tu,tapi sayangnya perut kami masih kenyang kerana makan tengahari kami yang agak terlewat tadi,jadi kami cuma bergambar je lah kat jambatan tu.



Isnin 4/10/10
Brakfast dan check out hotel dan kami ke ismail group untuk beli aneka coklat..rambang mata nak memilihnya..kemudian kami ke jeti pulangkan kereta sewa kemudian bertolak pulang ke kangar perlis..



Bye bye langkawi!