Sweet Heart

Monday, August 30, 2010

Merdeka!!!



Kepada Seluruh Rakyat Malaysia SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53

Thursday, August 26, 2010

Meriah Sikit...

Minggu lepas ayahju datang perlis,saja lama x tengok anak sedara dia ni..berbuka dan sahur sama2..meriah sikit,kalau tak bertiga je la..


Juadah berbuka yang sempat mama masak siakap 3rasa,sup daging,dan ayam percik..

Thursday, August 12, 2010

Rempit???

Hari ini dah masuk hari ke empat kita umat islam berpuasa..alhamdulillah stakat ni lauk tunjuk2 dulu,awal2 puasa ni mood masak mama belum datang lagi,lagi pun teringin gak nk try juadah di bazar ramadhan negeri perlis ni camana,nanti lah bila dah agak boring makan yang bazar punya nnti mama masak lak..hari pertama puasa keluar beli kat bazar,mak ai punya la ramainya manusia..parking dah la jauh,nak kena jalan jauh lak pastu papa pulak nak kena dukung erisya,dia kalo ramai2 org camtu memang x nak jalan la jawabnya..kalau selalu camni boleh pengsan la papa jawabnya..rasanya kalau naik motor lagi senang,x der la tersekat dengan jalan jem,parking pun senang,esoknya papa belikan mama dan erisya topi keledar,huhu lepas ni merempit la kami ke bazar ramadhan..haha..

Ini lah topi keledar baru mama dan erisya..

Testing..testing..

Ready nak merempit..vrommmmm..

Haha terselit ditengah2..

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak

Sunday, August 8, 2010

GCB vs JJCP

Jalan2 hari minggu sebelum membuka tirai menyambut kedatangan Ramadhan Almubarak tak lama lagi..jalan2 cari makan GCB @ alor star..dan jalan2 cari pasal @ tesco (pasal keluarkan duit la apa lagi bila kt tesco)..tak sabar rasanya nak sambut ramadhan tahun ni sebab tahun ni petama kali puasa kat negeri indra kayangan ni,tahun lepas sempat lg puasa kat negeri dibawah bayu..x tahu camana suasana puasa kat sini,tapi rasanya bazar2 ramadhan tu banyak yang menanti..huhu bahaya..bahaya,sebabnya nanti hilang la bakat rajin nak memasak sendiri tu,kalau kat sabah dulu rajin kena ada la sebab nak makan terpaksa buat sendiri..jadi satu bonus la tuk asahkan bakat...



Monday, August 2, 2010

Sakit Lagi

Untuk sekian kalinya erisya sakit gigi lagi..gara2 petang semalam dia mkn aiskrim kon,makan aiskrim tu ok lagi tapi bila gigit kon yang agak keras maka semalam gusinya belah atas mula membengkak badan pun mula la panas nak demam..bangun pagi td panas dah kurang cuma gusinya je lah yang masih bengkak,biasanya 2,3 hari gak la nak sembuh balik..

Dan mata ni pulak naik ketumbit..tapi ni dah beransur surut dah bila disapu ubat..ermm gusi bengkak mata bengkak nasib baik gak la tuanya stedy je main makan macam biasa x der meragam ke apa..