Sweet Heart

Friday, April 9, 2010

~Resepi Cheese Cake~

Saja nak share,kalau berminat leh la try..



Cheese Cake
Bahan-bahan
• 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
• 100 gram gula halus
• 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
• 60 gram tepung jagung (maizena)
• 50 gram air sejuk (dr peti ais)
• 1 sudu teh baking powder
• 2 sudu makan ovelet
• 75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM
• 1 kotak cream cheese philadelphia
• 1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

• UTK TOPPING
• 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.
2. Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat.
3. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

12 comments:

znurul said...

yay yay...nak coba..nak coba..thank you cik eryn....

danishfamily said...

best nyer...tapi tak tau bila nak try buat ni..hehe

Siti Khatijah said...

kalau ovelet xda xpe ka? coz sy lupa beli. :)

Anonymous said...

klu kek 2 d kukus blh x?

Anonymous said...

buang putih telur 2 biji ka or buang semua putih telur tu?

Love Razila said...

omg...senang nyer nak buat. alhamdulillah nak try buatlah weekend ni =)

Thanks for sharing...feel free to visit my website ye =)
abadierazila.blogspot.com

Tq sis...dah buat nanti saya share ye...

Anonymous said...

bleh saya copy resepi ni?

erynonelove said...

silakan..

Putrijannah Jannah said...

Buang putih telor tu cmne... leh terangkan cuz x berape phm

mama papa said...

Sedapny...

mama papa said...

Sedapny.. sy copy ye..terima kasih..

erynonelove said...

puterijannah-buang 2bj putih telur maknanya 6kuning telur dan 4putih sahaja,asingkan 2bj putih telur dan simpan..