Sweet Heart

Friday, April 23, 2010

Sakit...

Minggu ni dah dua kali erisya demam,demam + sakit gigi bengkak gusi,mulanya belah kanan,sembuh yang tu dua hari lepas belah kiri pulak,sebelum tu dia makan keropok (jajan)mungkin benda tu keras sikit kot,dah pergi klinik alhamdulillah dah baik dah..bukan apa risau jugak sebab ahad ni kami nak balik kampung sebab moyang erisya sakit dah 3 hari masuk wad,kebetulan isnin ni papa plak kena gi kursus kat pineng seminggu..jadi plan nak balik dgn kereta x jadi kali ni mama ngan erisya balik naik bas jer la,lepas habis kursus hari jumaat baru papa akan menyusul balik kampung..Jadi harap2nya lepas ni erisya x demam dah la sebab susah jugak kalau papa x ada masa dia demam..paling susah bab nak makan ubat,dari kecik sampai la sekarang ni,masa kecik rasanya lg senang sikit kot coz sorang pegang sorang suap,tapi bila dia dah makin besar ni tenaga dia pun makin kuat,dua orang pegang pun x dapat gak,siap mulut dia zip rapat,kalau masuk dalam mulut pun dia boleh ludah balik lg..huhu..
Dan harap2nya masa dlm bas dan kat kampung erisya jangan banyak ragam yer,dan papa pulak jangan nangis pulak yer seminggu x jumpa anak..kih..kih..kih.. al-maklum ler orang tu lum pernah lg berjauhan ngan anak dia ni lama2,dan semoga moyang cepat sembuh..amin.

Thursday, April 15, 2010

Pemandangan

Sejak seminggu dua ni tiap2 petang mesti hujan dan disertai dengan angin..kawasan bendang kat belakang rumah yang asalnya kering sekarang dah penuh dengan air..dengan angin sepoi2 bahasa..uhhh...nyaman sungguh,mama lak suka lepak2 kat beranda tu..
ni antara pemandangan yang mama paling suka..

Menanti matahari nak terbenam..

Dah terbenam..malam pula yang menjelma..

Sunday, April 11, 2010

@ Pineng on Weekend

Weekend baru ni bawak erisya pergi jalan2 ronda2 pulau pinang pulak..sambil tu boleh jumpa ayahju kat sana,melawat ladang business ayahju,macam2 tanaman ada,buah-buahan,dan sayur-sayuran untuk di eksport dalam dan luar negara..maju betul business ayahju ni..semoga bertambah2 lg maju yer.



Dalam feri ke pulau pinang.

Ayahju tengah memerhatikan pekerja2nya memungut hasil tanaman..

Keluasan ladang ayahju & akan ditambah lg x lama lg..

Yang kami bawak balik..untuk dimakan dan dibahagi2kan pada jiran2..

Friday, April 9, 2010

~Resepi Cheese Cake~

Saja nak share,kalau berminat leh la try..



Cheese Cake
Bahan-bahan
• 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
• 100 gram gula halus
• 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
• 60 gram tepung jagung (maizena)
• 50 gram air sejuk (dr peti ais)
• 1 sudu teh baking powder
• 2 sudu makan ovelet
• 75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM
• 1 kotak cream cheese philadelphia
• 1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

• UTK TOPPING
• 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.
2. Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat.
3. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Tuesday, April 6, 2010

Dapat gak..



Lama betul rasanya x makan cheese cake,try la godek2 sendiri..ni sebenarnya kek yang kedua dah,yang mula2 buat dah habis makan 2 hari lepas,papa request lg..maka hari ni mama buat lagi sebijik..tahu la papa cheese cake ni pebret dia,kalau kek lain alih2 mama la yang kena habiskan sensorang huhu..