Sweet Heart

Monday, March 22, 2010

Main Masak-Masak

Sehari dua ni datang angin nak main masak2.ni antara juadah yg sempat di ambil gambar,Puding gula hangus..segan sebenarnya nak tunjuk gambar ni sbb rupanya x der tapi rasa ada,hehe comot jer sbb baru masak panas2 lagi terus tuang dlm bekas,erisya la x sabar2 nak makan..huhu.

Petang sabtu lepas buat daging bakar dengan dapur baru..

Sabtu baru ni plak buat ayam dan ikan percik..

semalam buat bubur kacang hijau tapi lupa pulak nak snap..
Petang ni Brownies kukus..

Resepi mama grab dari internet,lupa dah kat mana..

BROWNIES KUKUS
BAHAN-BAHAN:
100gm gula castor
150ml susu cair
100ml susu pekat manis
150gm majerin

50gm serbuk koko

150gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
Secubit garam
2 biji telur gred A

CARA-CARA:
1. Masak di atas api, gula castor, susu pekat, susu cair dan majerin hingga larut.
2. Larutkan koko dengan beberapa sudu adunan susu dan majerin tadi. Tuang kesemua adunan susu dan kacau sebati hingga larut kesemuanya. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonate dan secubit garam.
4. Kaup balikkan tepung ke dalam adunan koko.
5. Tuang dalam loyang dan kukus selama 45min - 1 jam. Sejukkan dahulu sebelum dituang ganache.

CHOC GANACHE:
150gm whipping cream
200gm cooking chocolate
1/2 tbs majerin
1 tbs madu utk mengilatkan ganache

* Masak whip cream hingga berbuih. Angkat dari api dan masukkan cooking choc yg telah dikiubkan. Kacau sebati. Masukkan majerin dan madu. Kacau rata.

2 comments:

irma said...

wah chaiyok2....mama main masak2 dgn erisya..

danishfamily said...

rajin2...