Sweet Heart

Tuesday, March 30, 2010

Lagi Gambar









Saturday, March 27, 2010

Jalan-jalan dengan Abi & mami

Abi dan mami datang lagi ke perlis..seronok sungguh erisya bila mama cakap petang ni abi nak datang,dia mula la x duk diam..excited,dan semalam bawak abi ngn mami ke gua kelam..



Penat dah jalan berehat jap..





Hari ni habis dah berjalan..esok kemana pulak kita yer..lusa abi mami nak bertolak ke KL pulak jalan2 tempat mama inda,dan selepas itu akan menyusul ke melaka pulak tempat ayahsu..sebelum sampai perlis ni diaorang dah singgah kejap kat kulim kedah tempat ayahju,cuti seminggu start dari kelantan-kedah-perlis-KL-dan melaka..kelima2 orang anak dah dilawati,wah cuti2 malaysia betul abi ngan mami ni..bestnya! sayangnya kami x leh nak ikut pergi KL dan melaka sebab papa ada kursus plak esok dan lusa..ermm..x per la lain kali insyallah kami ikut..

Monday, March 22, 2010

Main Masak-Masak

Sehari dua ni datang angin nak main masak2.ni antara juadah yg sempat di ambil gambar,Puding gula hangus..segan sebenarnya nak tunjuk gambar ni sbb rupanya x der tapi rasa ada,hehe comot jer sbb baru masak panas2 lagi terus tuang dlm bekas,erisya la x sabar2 nak makan..huhu.

Petang sabtu lepas buat daging bakar dengan dapur baru..

Sabtu baru ni plak buat ayam dan ikan percik..

semalam buat bubur kacang hijau tapi lupa pulak nak snap..
Petang ni Brownies kukus..

Resepi mama grab dari internet,lupa dah kat mana..

BROWNIES KUKUS
BAHAN-BAHAN:
100gm gula castor
150ml susu cair
100ml susu pekat manis
150gm majerin

50gm serbuk koko

150gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
Secubit garam
2 biji telur gred A

CARA-CARA:
1. Masak di atas api, gula castor, susu pekat, susu cair dan majerin hingga larut.
2. Larutkan koko dengan beberapa sudu adunan susu dan majerin tadi. Tuang kesemua adunan susu dan kacau sebati hingga larut kesemuanya. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonate dan secubit garam.
4. Kaup balikkan tepung ke dalam adunan koko.
5. Tuang dalam loyang dan kukus selama 45min - 1 jam. Sejukkan dahulu sebelum dituang ganache.

CHOC GANACHE:
150gm whipping cream
200gm cooking chocolate
1/2 tbs majerin
1 tbs madu utk mengilatkan ganache

* Masak whip cream hingga berbuih. Angkat dari api dan masukkan cooking choc yg telah dikiubkan. Kacau sebati. Masukkan majerin dan madu. Kacau rata.

Saturday, March 20, 2010

Burlpppppp alhamdulillah....

Malam ni pergi Mai Cafe lg,nak makan tomyam steamboat plak..

Sodap mabeles..,3 mangkuk mama bedal..hihi..

Friday, March 19, 2010

Tolong Mama

Ni kes konon2nya rajin nak tolong mama la ni,lepas lipat kain kat luar mama nak susun dlm almari,dia plak sibuk nak tolong angkatkan kain2 tu,sekali angkat habis berterabur balik kain2 tu aduyai,kena lipat lagi skali..

Mama cakap bawak yang kecik2 je dah la..ok yang kecik2 je dia bawak..kali ni sehelai2 jer..

Last skali dia dah penat angkut sehelai2 agaknya,tengok angkat plak banyak sikit drp tadi..ermm yang ni ok elok je susunanya bila sampai kat mama..ok good girl..dah siap!! thank you sayang..

Tuesday, March 16, 2010

Pesta Ria

Dah 2 hari kat perlis ni ada fun fair,hari first kami just lalu jer,x leh nak parking kereta lak ramai sangat orang,tadi lepas makan malam lalu lagi mana tahu kot2 hari ni dah x ramai orang..dapat gak parking..erisya sempat gak naik,cari yang gerak slow jer..tapi yg slow ni plak budak je leh naik huhu dah dia nak naik gak kasi je la..mula tu mama risau gak sbb ada sorang budak laki tu umur dlm 5 tahun siap nangis2 lg..x per la try la,dah dapat naik selamba je muka dia..cam x der apa2..huhu..dlm hati mama cakap uhh!! dah besar dah anak aku ni rupanya..hehe.

yang ni leh naik 3 orang..mama lak yang gayat haha..

Monday, March 8, 2010

Jumpa Dah........

Akhirnya jumpa jugak apa yang dicari2,haha..punya la jauh pergi cari rupanya kat kangar ni pun ada..

Dan hari ni papa belikan erisya basikal baru....hepi betul dia dapat basikal,sekarang ni dah pukul 12.30am dah..masih duk main basikal lg..biasa kul 10 dah tumbang..haha.

Saturday, March 6, 2010

Lain Yang di Cari Lain Yang Jumpa...



Petang tadi gi jalan2 padang besar,niat di hati nak beli tempat bakar yang cam bentuk baldi tu,dah lama rasanya x main bakar2 ayam,ikan,daging ni...puas pusing2 cari x jumpa plak..kalau tempat bakar yang cam bakar satey tu dah ada tapi kalau yang tu rasanya cam susah sikit nak guna la nak2 mama ni yang memang failed bab2 nak idupka api ni,kalau yang cam baldi tu rasanya senang sikit kot..penat mencari perut pun rasa lapar lah pulak..antara deretan kedai tu ada satu kedai tulis 'pakar masakan thai'..ermm bunyi cam best jer..try la masuk..mama order bihun tomyam,papa nasi ngan tomyam..memang pakar..sedap sesangat,complete..power! walaaaa..

Monday, March 1, 2010

Ronda-ronda KL

Cuti 3hari sempena maulidur rasul kami sekeluarga ke kuala lumpur,sebenarnya x plan pun nak pergi..petang tu mama saja je selora ngan papa "best nih kalau jenjalan KL"papa lak cakap "jom la kita pergi"...lagi pun erisya belum pernah lagi jalan2 kat KL,jadi malam tu kemas2 je la apa yg patut pagi jumaat kami bertolak ke KL..mengambil masa 5jam perjalanan..

Sampai petang tu chek in hotel mandi2 rehat jap pastu keluar makan round2 KL jap,singgah kat Time square jap..


HARI KEDUA
Hari yang kedua lepas breakfast round KLCC jap..Pastu pergi Aquaria..mak aii ramainya orang,beratur bukan main panjang..yer la kan time cuti ni la orang nak jalan2.









besarnya jerung tu..

Besarnya pari tu..

Nak tengok persembahan penyelam bermain dengan pari dan jerung..


Badan dah penat jadi petangya rahat2 sambil minum2 jap kat hotel tu..


HARI KETIGA
Hari ke tiga pergi jumpa mama inda kebetulan dia x der kelas,pergi zoo negara..







Lepas makan2,pegi hantar mama inda..kami pun bertolak lah pulang ke perlis..