Sweet Heart

Monday, February 22, 2010

Siaran Tergendala..

Baru boleh bersiaran dengan aman setelah seminggu di kampung,dah seronok2 duk kat kampung balik rumah "seronok" jugak la mengerjakan rumah yang dah seminggu tinggal,sekarang ni kat sini musim membajak tanah,bila cuaca panas sangat tanah pun kering,pastu dibajak pulak maka segala debu2 hitam berterbangan dengan jayanya masuk kedalam rumah..habis segala pinggan mangkuk periuk belanga terpaksa dicuci balik,lantai x yah cakap la hitam legam..tambah pulak dengan longgokkkan pakaian dari kampung untuk dicuci..sehari suntuk gak la baru selesai segala tugas2 tu..sekarang ni baru tenang nak mengadap blog ni..

Gambar campur masa balik kampung..

Malam BBQ jabatan bomba dan penyelamat (ayahsu/bapa saudara)
alahai mengantuk la pulak..

Emak sudara dan anak2nya..


Erisya teringin nak naik kereta bomba ni..dapat bergambar pun jadi la yer..

Main masak2 dengan emak sepupu erisya/sepupu mama..

Main layang2 dengan abi..

Wednesday, February 17, 2010

Catatan Di Kampung

First day di kampung,mama ada dua undangan,satu majlis pertunangan dan satu lagi majlis perkahwinan..

Majlis pertunangan saudara belah papa merangkap bestfriend mamainda.



Lepas balik dari majlis pertunangan kami terus ke pasir puteh pulak untuk majlis perkahwinan bestfriend mama masa kat Sekolah Menengah Teknik Besut dulu..

haha..erisya dengan muka menangisnya,dalam perjalanan dia tido,x puas tido tu yang moody jer tu..orang nak tangkap gambar dia lak nangis..huhu.

Friday, February 12, 2010

Balik Kampung...

Selamat balik kampung dan selamat bercuti..walau dimana jua distinasi anda semoga ceria2 selalu,kepada yang memandu pandu cermat jiwa selamat,ingatlah orang yang tersayang : )

GONG XI FA CAI

Monday, February 8, 2010

Cuba-Cuba..

Sejak duk perlis ni pergi pasar selalu nampak bendalah ni..(mentarang),rasanya kat kelantan x der nampak mentarang ni..x tahu la kot2 mama terlepas pandang,tapi setahu mama xder plak..sejak duk perlis ni jer..masa mula2 tengok rasa cam takut je nak makan..tapi teringin nak cuba..tapi kalau beli yang mentah xtahu lak nak masak apa mentarang ni..jadi malam ni teringin la nak try..pergi makan kat kuala perlis..mentarang bakar cicah sambal..rasanya sedap,ada rasa cam tiram bakar isi dia manis2 gitu..ok lah buat mama yang 1st time makan ni..rasanya mama suka : ) papa??? oh tidak..papa x makan..jadi mama ngan erisya je la yang habiskan satu pinggan tu..

Ni untuk papa..duk diam2 yer,mama ngan erisya nak makan mentarang dengan sotong celup tepung ni..ngeh3

Ni untuk mama ngan erisya lagi..hehe.

Thursday, February 4, 2010

Suatu Peristiwa..

Dua hari lepas erisya demam..ermm..lama betul dah rasanya erisya x demam,last dia demam kuat masa raya tahun 2008,masa tu demam kuat sebab nak naik campak,sampai la skarang,malam dua hari lepas plak badan dia tetiba panas,dah la ubat pun x der sbb dah lama sgt x pergi klinik..berjaga la mama sampai ke pagi..tido2 ayam je,takut panas melampau je..risau gak..tapi malam tu badan dia memang panas betul..selimutkan dia tebal2 kasi keluarkan peluh2..memang berpeluh dia sampai basah baju..alhamdulillah pagi tu panas dia dah beransur kurang..bangun tido mandi2..demam dia terus hilang..sampai la hari ni..ermmm..satu malam je dia demam alhamdulillah..

Dalam hati terfikir jugak kenapa malam tu dia tetiba lak demam,satu hari je plak tu,baru mama teringat,siang hari sebelum dia demam tu mama ada main sorok2 ngan dia,lagipun erisya ni memang suka sangat main sorok2 ni bila dari jauh dia dengar papa balik kerja,dia pun mula la cari tempat nak sorok..bukan hari tu je kami main sorok ni..boleh katakan hari2 gak la..tapi hari tu ingat nak wat dia cari mama sampai susah nak jumpa pulak la..jadi mama sorok la disebalik langsir sliding door tu,maka tercari2 la dia.."mana mama" "mana mama" last2 dia nampak gak mama gerak2 sebalik langsir tu,tapi dia x berani nak pergi dekat sebab dia ni penakut sikit,dia ajak papa temankan..papa pun temankan lah,sebelum tu dia ada bisik kat telinga papa dia cakap "pocong"..mama plak buat2 sergah,alamak terkejut plak dia,kuat jugak la nampak dia terkejutnya..papa pun terkejut skali hehe..dalam hati risau gak takut dia demam plak kan sebab tekejut,sebab pernah masa duk hostel belajar2 dulu geng2 mama pernah main usik2 ni,siap makeup cam hantu pastu pergi usik kawan mama,x sangka dia punya la terkejut dan takutnya sampai demam 3 hari,ish!!..sian betul..dan x sangka plak sampai camtu skali kesan terkejut tu..lepas tu baru la mama tahu rupa2nya erisya demam sebab terkejut..aduyai sian anak mama..sorry mama x buat lagi..ampun huhuhu..