Sweet Heart

Saturday, December 12, 2009

Today..

Hari ni pagi2 lagi mama kena kejutkan erisya bangun sebab nak kena pegi hantar tok mek dengan moyang kat stesen bas nak balik kampung,setelah dua minggu datang ke perlis,lepas raya haji baru ni tokmek ngan moyang datang skali ngan kami,nak balik kelantan tok mek ngan moyang terpaksa la naik bas sebab papa dah x ada cuti nak hantar balik...cuti tahun ni dah habis..

Bersalam ngan tok mek & moyang,erisya plak sibuk nak naik bas jugak,mama baru teringat seumur hidup erisya tak pernah pun naik bas lagi huhu patut la dia sibuk sangat nak naik bas,sebelum ni pun kalau dia nampak bas kat jalan raya selalu cakap "besarnya bas!!"jadi pagi tadi tercapai jugak la hajat erisya nak merasa naik bas,papa bawak dia naik bas kejap walaupun bas tu x gerak pun..haha,mama cakap kat papa nanti kalau papa ada kena pergi kursus lama kat mana2 mama ingat nak balik kampung la naik bas dengan erisya,papa dah kasi green light..insyallah suatu hari nanti mama bawak erisya naik bas yer.

Lepas pegi hantar tokmek & moyang kami pegi cari barang dapur sikit kat pasr tani,ni bahagian ikan masin,ikan bilis ngan pekasam.

Udang kertas RM10 sepinggan yang besar,yang kecik sikit RM5 sepinggan..haaa teringat lak kat sabah udang RM3 sekilo pun dah bleh dapat,itulah bezanya sabah ngan semenanjung,makanan laut kat sabah murah la sangat2 tapi kalau bab barang runcit kat sini lagi murah la,biasa kalau kat sabah sekali masuk supermarket paling kurang belanja pun RM30 ke RM50 ke atas,tapi kat sini sekali masuk supermarket stakat ni lah stakat barang dapur tu lum pernah lagi cecah RM50,kadang tu rasa beli barang banyak sangat dah tapi bila time bayar x sampai pun Rm50..

Ni pulak ayam kampung..haaa ni x lain x bukan favorite papa la..sempat gak la sambar sekor.

ni pulak proses layur ayam,tak kira la ayam kampung ke ayam bandar ke semua dilayur..1st time masa mama nak beli ayam kat sini tokei kedai tu tanya nak layoq ah?kami terkedu buat seketika,apa benda layoq tu?? baru la mama sedar yang mama sekarang kat perlis bukan kat sabah dan bukan kat kelantan haha kami berdua masing2 tergelak.

Ni lah hasil air tangan mama yang simple je ari ni,gulai lemak udang,ayam kampung goreng berempah,dan ikan selar goreng.

Belah petangnya pulak kami saja kuar jalan2 pekena air laicikang..lama tak hirup..hirup nak abis dah baru teringat nak snap.

Dah abis dah.......sekian saja potpet-potpet mama buat kali ni,panjang lebar pulak kali ni yer,haha..sebabnya malam ni erisya tido awal,papa lak khusyuk layan batman return kat tv,so mama merdeka memblogkan diri la malam ni haha.

2 comments:

znurul said...

lahai...sikit cinonet nye udg RM10..ni nk kena enjoy puas2 udg ktm kat sdkn ni..erisya goodgirl,bole le naik bas,sng Mama nok jaga..

irma said...

oo...erisya advance...naik flight dh berkali2 dr kecik lagi...tp bas x penah naik...hehe...best yer kat sana leh mkn memacam..