Sweet Heart

Sunday, December 27, 2009

Jalan-Jalan Lagi....

Hari ni satu hari lagi cuti,duduk rumah bosan jugak..jadi jenjalan lagi la kami,kali ni kami ke Wang Klian dan Gua Kelam 2,sebelum ni dah pergi Gua kelam 1,dua2 buah gua ni hanya bersebelahan saja..cuma hari tu pergi gua kelam 1 x sempat nak masuk gua kelam 2,jadi alang2 dah on the way nak pergi wang klian tu singgah gua kelam 2 kejap..kat gua kelam 2 ni terdapat galeri peninggalan sejarah perlombongan bijih timah zaman dulu2..kat gua kelam 2 ni jugak terdapat perkhidmatan train yang melalui kedalam gua tersebut..sayangnya kami belum berkesempatan menaiki train kerana mengalami kerosakan buat masa sekarang..dan akan dibuka semula tahun hadapan ermm beberapa hari je lagi nak masuk tahun depan..jadi x dapat la erisya nak menaiki train tu lagi ermm..kena datang lain kali la nampak gayanya..
lepas tu kami pergi ke wang klian saja nak jenguk apa yang ada kat sana,lagi pun dah x jauh dengan gua kelam tadi itulah salah satu keistimewaan negeri perlis ni tempat2 menarik untuk dilawati semuanya tidak jauh..jimat tenaga,dan yang penting jimat duit minyak kereta haha.











Wang Kelian sempadan Thailand,disini terdapat pekan sehari,pengunjung2 boleh memasuki Thailand untuk membeli belah dipekan sehari ni tanpa menggunakan pasport..kiranya lebih kurang macam kat kelantan la jugak,kalau kat kelantan pengunjung boleh memasuki TAK BAI Thailand untuk membeli belah tanpa menggunakan pasport,pernah jugak mama ke sana masa kecik2 dulu..hehe overseas tuuu..haha kununnn.


Antara barang2 yang terdapat di sini.Bak kata astro macam2 ada!!..

Periuk belanga macam2 bentuk dan saiz,harga pun macam2 ada..

Kelakarnya makcik tu sempat plak posing maut depan kamera..dapat gak masuk blog nih..haha.

0 comments: