Sweet Heart

Sunday, December 27, 2009

Jalan-Jalan Lagi....

Hari ni satu hari lagi cuti,duduk rumah bosan jugak..jadi jenjalan lagi la kami,kali ni kami ke Wang Klian dan Gua Kelam 2,sebelum ni dah pergi Gua kelam 1,dua2 buah gua ni hanya bersebelahan saja..cuma hari tu pergi gua kelam 1 x sempat nak masuk gua kelam 2,jadi alang2 dah on the way nak pergi wang klian tu singgah gua kelam 2 kejap..kat gua kelam 2 ni terdapat galeri peninggalan sejarah perlombongan bijih timah zaman dulu2..kat gua kelam 2 ni jugak terdapat perkhidmatan train yang melalui kedalam gua tersebut..sayangnya kami belum berkesempatan menaiki train kerana mengalami kerosakan buat masa sekarang..dan akan dibuka semula tahun hadapan ermm beberapa hari je lagi nak masuk tahun depan..jadi x dapat la erisya nak menaiki train tu lagi ermm..kena datang lain kali la nampak gayanya..
lepas tu kami pergi ke wang klian saja nak jenguk apa yang ada kat sana,lagi pun dah x jauh dengan gua kelam tadi itulah salah satu keistimewaan negeri perlis ni tempat2 menarik untuk dilawati semuanya tidak jauh..jimat tenaga,dan yang penting jimat duit minyak kereta haha.











Wang Kelian sempadan Thailand,disini terdapat pekan sehari,pengunjung2 boleh memasuki Thailand untuk membeli belah dipekan sehari ni tanpa menggunakan pasport..kiranya lebih kurang macam kat kelantan la jugak,kalau kat kelantan pengunjung boleh memasuki TAK BAI Thailand untuk membeli belah tanpa menggunakan pasport,pernah jugak mama ke sana masa kecik2 dulu..hehe overseas tuuu..haha kununnn.


Antara barang2 yang terdapat di sini.Bak kata astro macam2 ada!!..

Periuk belanga macam2 bentuk dan saiz,harga pun macam2 ada..

Kelakarnya makcik tu sempat plak posing maut depan kamera..dapat gak masuk blog nih..haha.

Saturday, December 26, 2009

Picnic Di Bukit Ayer

Hari ni kami pegi mandi manda di bukit ayer,dah petang kami pergi sana sebab tunggu erisya bangun tido dulu..sempat gak la mama masak ala kadar je..bukit ayer ni x jauh dari kangar 10km je..sampai sana makan2 dulu pastu erisya mandi manda ngan papa..tengah khusyuk duk mandi manda tetiba lak datang awan hitam..huhu terus hujan..kelam kabut gak la kami lari berteduh bawah pondok..sib baik gak erisya pun dah puas mandi..on the way balik plak kami singgah makan cendol pulut best sungguh..masih teringat2 lagi kesedapanya.

Menjamu selera..

Dah sedia nak swimming...





Ni bahagian cetek sesuai la tuk kanak2....bahagian air terjunya kat atas tuk dewasa.

Cendol pulut tapai..

Friday, December 25, 2009

Happy Anniversary



25.12.2009 adalah anniversary kami yang ke 4tahun,tepat jam 12am semalam papa tetiba lak wat kejutan kat mama,suruh mama pejam mata ingatkan naper lah,lepas tu jeng! jeng!!! haha papa kasi something,Jam tangan!bila masa pulak la dia pegi beli,camana la mama leh x perasan dia bawak barang tu masuk dalam rumah,sorok dalam almari lak tuh..kompius..kompius..apa pun thank you so much!!..

Ni pulak dari mama untuk papa,sori mama x leh nak wat kejutan macam papa buat,sebab mama nak beli barang pun kena pegi ngan papa gak alih2 papa gak tengok dulu huhu,tapi x per lah..yang penting ikhlas dari mama.

Hakikatnya bukan hadiah bukan kad ucapan yang menjadi ukuran kepada setiap ulang tahun perkahwinan..tapi semuanya lahir dari hati yang tulus kepada pasangan masing2..semoga hubungan kita sentiasa diberkati allah swt,semoga kebahagian menjadi milik kita hingga akhir hayat amin..




Alor Star Mall

Marry Krismas hohoho...

Wednesday, December 23, 2009

Pasar Malam

Rabu malam adalah pasar malam besar di kangar..hari ni kami pegi awal sikit sebab malas nak pegi malam2 sebab belah malam orang lagi ramai,nak jalan nak beli belah,nak parking kete pun susah..jom layan gambar2 yang sempat diambil..
Mula2 sampai dah dapat bau sup gear box..meleleh ayaq lioq beb!..

Ni dia perutnya,mama beli bihun sup perut utara..

Ni pulak ayam bakar madu..makan dengan nasi kandar..papa beli yang ni.

Ni pulak hihi...saper x kenai x tau nak kata la..sempat gak bedal 3biji..kihkih.

Aneka kerepek..3bungkuih RM10,mama dapat 4bungkuih RM10 hihi makasih yer makcik kedai moga murah rezeki makcik..boleh la mama kunyah petang2 sambil2 layan ternet.

Yang ni pun ada..

Sempat gak sambar satu barang..huhu.

Sampai setengah jalan kaki pun dah lenguh,tangan pun dah kebas bawak barang, jadi kami pun patah balik..kan jalan lagi jauh lagi banyak melayang duit plak kihkihkih...

Sunday, December 20, 2009

Tasik Melati

Hari ni kami ke Tasik Melati 8Km dari kangar,tasik buatan ni seluas 10 hekta yang terdiri daripada pulau2 kecil..cantik,sejuk dan nyaman sangat menenangkan fikiran..amat sesuai untuk dijadikan tempat bersantai dan picnic..

Bersiar-siar dengan mama

Menghirup udara yang segar...ummmmh..ahhhhhh!!!







Selesai lah sudah penjelajahan kami di bumi perlis untuk minggu ini..esok papa dah keja..untuk cuti minggu depan kemana pulak destinasi kita yer??Tungguuuuuu......

Saturday, December 19, 2009

Gua Kelam

Hari ini seperti yang di plan kami ke gua kelam..bertolak dari rumah pukul 2.30 petang,lebih kurang setengah jam perjalanan kami sampai sana..biasa waktu camni time erisya tido,jadi hari ni nak jalan nyer pasal mama x kasi dia tido haha kejam tul mama kan,tapi x pe sepanjang perjalanan erisya tido je..sampai sana baru bangun.
haha ni la muka baru bangun tido..ngantuk lagi tu x puas tido.

Pintu masuk Gua Kelam

salah satu batu yang cantik terhasil dari titisan air.



sepanjang dalam gua ni dibina jambatan kayu yang dibawahnya mengalir air dari bukit,panjang gua ni lebih kurang 1km jugak la..dalam gua ni memang cantik sangat,dihiasi dengan lampu2 menyerlahkan kecantikan gua semulajadi yang diciptakan oleh yang maha kuasa.


Penghujung gua ni ialah air sungai yang dijadikan tempat picnic..memang cantik.

Penghujung Gua kelam



Tempat ni memang cantik memang best,insyallah next time kita datang picnic BBQ skali ramai2.

Friday, December 18, 2009

Jalan-Jalan Di Bandar Alor Star

Hari ni adalah cuti sempena 1 Muharam..duk rumah x tau nak buat apa..staff2 kat sini ramai yang ambik kesempatan cuti balik kampung masing2 so erisya x der la kawan2 nak main petang2..aktiviti kami hari ni pergi bandar alor star,saja je pusing2 bandar jamu mata..bandar alor star lagi besar kalau nak dibandingkan dengan bandar kangar..lagipun x la jauh sangat dari kangar..lagi puas hati kalau nak shopping.


Kami pergi dah petang pun,sampai sana perut pun lapar singgah isi perut dulu kat Tesco..



Erisya sempat main kejap.

Habis round2 dan shopping hari pun dah nak gelap jadi kami pun beransur la pulang ke kangar,selesai lah sudah aktiviti kami untuk hari ini,dimanakah destinasi seterusnya untuk esok dan lusa?????....sama2 kita saksikan untuk entry seterusnya insyallah.