Sweet Heart

Sunday, November 29, 2009

Bowling Family

Malam raya ke tiga sebelum balik ke perlis dan sebelum masing2 balik ke keprantauan masing2 keesokan harinya, malam tu kami pakat pegi main bowling..disponsor oleh salah sorang ahli keluarga kami,sonok sangat main ramai2 cam ni skali skala dah dapat kumpul ramai2 leh mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara family..kalau jadi tahun depan perancangan nak buat game futsal plak..insyallah.


Erisya pun sibuk nak main gak...tapi x larat pun angkat bolanya.

Balingan dari abi

Balingan dari mami


Balingan dari papa


Balingan dari mama

Lepas pi bowling kami pakat gi minum2 kat stadium plak...jugak disponsor.kih kih..

Saturday, November 28, 2009

Aidiladha 2009

Tahun ni raya haji dikampung halaman,kedua2 belah family buat korban tahun ni,raya pertama dirumah abi & mami di Kota Bharu,ingat petangya nak balik umah tok mek di Bachok tapi x sempat balik sebab papa habis melapah lembu dah lewat petang,so raya kedua baru kami balik bachok,gambar lembu kena sembelih x dapat nak publish sebab cable handpon papa dlm kontena lum sampai lagi,papa snap guna handpon je lupa bawak kamera,gambar yg dpt dipublish ni je yang guna kamera,so ini aje la gambar2 yang dapat dikongsikan...layan aje la...

On the way ke rumah tok mek di Bachok..

Bergambar dengan moyang belah mama..


Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat hari raya Aidiladha kepada semua..tahun ni kami dapat la beraya haji di kampung halaman..kalau sebelum ni raya puasa je di kampung,raya haji di perantauan..tapi tahun ni dua raya di kampung...

Tuesday, November 24, 2009

Zoom In

udang & sotong bakaq

Ikan siakap sweet sour

posing dulu sebelum makanan sampai hehe

pilih aje apa nak makan

kuaters blok A,B,C kami blok D

Ni depan blok kami..cuba teka objek apakah dekat wakaf tu haha

pemandangan belakang blok kami,ada CCTV lg tu haha..jgn lak nnti mama duk jemur kain pakguard duk skodeng dah la.

pemandangan belakang blok kami,dari tingkat 3,sawah padi yang luas terbentang,cantik kan!dari sini la angin sepoi2 bahasa je,tenang je rasa.

Monday, November 23, 2009

ke Kangar Perlis

13/11/09 kami berangkat ke perlis..

Erisya ketiduran,Memakan masa 5 jam gak la..konvoi 2 buah kereta..

Jalan2 di padang besar..

Menjamu selera di jeti kuala perlis,10 minit je dari ilp kangar..kalau nak ke langkawi dah dekat sangat dah la,nnti la ada masa nak ke sana.

Thursday, November 5, 2009

KENANGAN TERINDAH

Assalamualaikum...(SEBELUM BACA ENTRY KALI NI TERLEBIH DAHULU SILA OPEN SOUND SPEAKER KOMPUTER/LAPTOP ANDA)

hari berganti hari,terasa sungguh cepat masa berlalu pergi,10 november dah x lama dah,5 hari je lg..bahang perpisahan kian terasa,hepi bila dapat pindah semenanjung..segala2nya ada disana family,makanan,kemudahan, macam2 lagi lah.. kalau nak dibandingkan disini..tapi bila dah tiba masanya sayu pulak rasanya hati ni nak meninggalkan pergi..mungkin sudah adat perpisahan akan disusuli dengan kesedihan,mungkin ini hanyalah sementara saja..insyallah,setiap pertemuan ada perpisahan itu sudah pasti.

Selain dari kawan2 dan sahabat handai yang dikasihi di sandakan ni..ini adalah antara kenangan yang sukar kami lupakan.

"Rumahku syurgaku" walaupun hanyalah rumah sewa disini lah tempat mama tinggal sejak berhijrah ke sini,sejak bergelar isteri rumah ni lah menjadi rumah pertama yang ku tinggal,tempat mama menguruskan rumahtangga sebagai isteri dan mama...meninggalkan seribu memori pahit manisya ada disini..


Kereta wira aeroback DAE223..terpaksa jugak kami tinggalkan disini,papa teramat lah sayangkan keretanya ni..kalau boleh ingin kami bawanya bersama pergi,tapi apa boleh buat atas sebab2 tertentu maka terpaksalah kami pindahkan hak milik,tapi x per sekurang2nya ada jugak kenangan kami kat sini,ha kalau kawan2 di sandakan ni tengok kereta ni ingat2lah kami yer ihik....


Tangga kesayangan erisya,yang pastinya tangga ni memang x boleh dibawa pergi bersama..erisya teramatla suka main kat sini,main,makan,tido pun kat tangga ni..nasib baik dia main bawah je x berani pulak dia naik atas tu..


Kucing kesayangan kami..asalya kucing ni bukanlah kucing peliharaan kami,tah mana datangya kucing ni,selalu duk main2 kat belakang rumah depan rumah..tengok kurus je,jadi kami pun selalu la kasi dia makan,lama2 dia dah jd manja pulak dengan kami,sebab dia selalu mengiau kami panggil dia "yoyong"tapi x bawak masuk rumah pun,cuma time dia lapar dia datang la,selalu gaduh dgn kucing lain,kadang2 tu badan dia luka2,papa la yang selalu sapukan ubat..tapi bila dah lama rasa sayang pulak nak tinggalkan,tapi apakan daya kami tak boleh bawanya pergi..ha lepas ni bila kami dah x der kat sini pandai2 la jaga diri yer,pandai2 la cari makan,yang penting jangan selalu bergaduh dengan kucing dan anjing2 liar tu..kalau badan luka kami dah x der nak sapukan ubat lagi..jaga diri baik2 insyallah jika diizinkan tuhan suatu hari nanti kita akan jumpa kembali tak didunia diakhirat sana nanti insyallah.