Sweet Heart

Saturday, October 31, 2009

Macam-Macam Erisya

Dah dekat dua minggu rasanya x meng'update blog,layan je lah gambar2 erisya dlm masa seminggu lepas..



Tengah tunggu teh nai peng sampai,kat kedai zakaria curry house.


Sekarang ni minat erisya dah beralih ke Garfield plak..satu hari kalau x kena tengok 3,4 kali x sah..huh..


Sibuk nak tarik troli,dari mula sampai la selesai shopping dia yang tarik..habis tunggang langgang,orang pun dia main langgar jer..aiyooo.


Ni tengah bosan la ni,tudung saji mama pun jadi barang mainan dia..ups! abaikan objek dibelakang tu yer...x perasan plak bila masa enterframe kat situ.huhuhu.

Sunday, October 18, 2009

Tak Der Topik

Lama sudah rasanya tidak mem-blog kan diri..bukan ape diri ku sudah ditimpa kemalasan tahap gaban tahap cipan ape2 la yang penting malas teramat kritikal untuk mem-blog kan diri..hihi,sorry lah kepada pengunjung2 blog ni..andai bukak je topik sama je..x update2...tunggu lah sampai angin rajin ku datang akan ku update jua..hihihi.ok lah sampai disini dulu lah yer..tata.

Friday, October 9, 2009

Layan Gambar..

Kali ni layan gambar je lah..

Kat KLIA masa nak balik kampung haritu..

Kat KLIA jugak masa nak balik sandakan.

Ngan mama

Jumpa lipstik mama dlm handbag..huh sib baik dia lum pandai keluarkan lipstik lg..kalau x habis la kalahkan mama ni..

Tengah main rumah abi

Nampak kapal terbang lalu plak..

Wednesday, October 7, 2009

Di Tepi Pantai Yang Indah....

~PANTAI CAHAYA BULAN~

seafood celup tepung..

~PANTAI IRAMA BACHOK~





Ni apa namanya tah species remis jugak la..kebetulan kat pantai irama ni banyak pulak,geram betul nak kutip banyak2,kalau masa mama kecik2 dulu ni sronok sungguh cari bendalah ni sambil mandi dgn kawan2..

Tuesday, October 6, 2009

Jalan-Jalan

Setelah beberapa hari beraya..dah lama rasanya erisya x naik ba..ba..haha,Abi ngan mami bawak naik ba..ba..ba,semua jenis dia nak naik..hah apa lg seronok bukan main lg la erisya..







Lepas puas main ikut abi & mami shopping plak..



Main sudah Shopping pun sudah perut lak rasa lapar..mama pekena donat n float..lamanya x makan ni.


Beraya Lagi

Raya ke 4 x silap pergi beraya umah sedara di sungai pinang..ni kes bosan duk dlm kereta la ni tengah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas punya la panjang.

Erisya pun dah naik bosan dah dlm kereta lama2..huhu sian.

Nampak x apa yang ku nampak..1st kesesakan yang teramat sangat di atas jambatan Sultan Ismail huh tension tul time tu..2nd nampak x pelangi tu,cantik kan..lawak tul gambar pelangi pun nak ambik..ni la x der keja namanya,dah duk tercongok je dlm keta tu x gerak2 baik manfaat kan masa yang ada snap la apa2 yang patut.

Monday, October 5, 2009

Aidilfitri 2009

Raya Aidilfitri 2009..tahun ni turn raya umah husband dulu..kalau nak diikutkan tiap2 tahun kami beraya dikedua2 rumah sebab jarak antara rumah family kami lebih kurang 45minit je..tahun lepas belah paginya umah family ku di bachok dan belah petang umah husband plak di kb,jadi tahun ni turn belah paginya umah family husband dan belah petangnya plak umah family ku..

Bergambar dipagi raya..


Bersalam salaman mohon seribu kemaafan sambil dapat duit raya..


Duit raya lagi..





isi perut dulu sebelum berangkat kerumah moyang erisya belah husband..dan kunjung mengunjung rumah sedara mara terdekat.


Menu wajib di hari raya umah moyang..gulai ayam kampung dan sewaktu denganya..kalau x der gulai ni rasa x lengkap lah raya pada keluarga kami,perut tengah kenyang pun 2pinggan ke 3pinggan tu masih boleh masuk lg..air tangan moyang lah katakan,x caya tengok la gaya masing2 makan tu x hengat ape dah tu,mama? ..haha mama surrender la x leh masuk perut dah kenyang sangat..tapi sempat lg ratah gulai ayam tu hihi..rugi..rugi kalau x dpt rasa.


Ni la satu2nya moyang erisya belah papa yang masih ada..belah mama pun sorang jugak yang masih ada,dalam usia sebegini pun larat lagi masak makanan kegemaran anak cucu cicit yang jauh dimata macam kami ni la nun jauh diperantauan demi mencari rezeki,x per nanti dah duk semenjung nanti boleh la selalu jumpa dengan moyang2 kesayangan kami ni.