Sweet Heart

Saturday, August 29, 2009

8 Ramadhan 1430H

SABTU..datang lagi,dah seminggu umat islam menjalani ibadah puasa,sekejap je rasanya dah seminggu berlalu,lebih kurang 2minggu lg dah nak balik kampung,lebih kurang 3minggu lagi dah nak raya..aduhai x sabar rasanya..dalam seminggu puasa jenuh jugak nak mikir menu untuk berbuka puasa,masak sendiri ada beli pun ada..minggu ni rasa cam nak makan ayam percik jer,lama dah rasanya x makan ayam percik buatan sendiri,kalau dulu selalu jugak la buat,bukan apa malas nak hidupkan api sebenarnya,mama ni kalau bab2 nak hidupkan bara api ni memang failed la,kena papa jugak la yang buat..jadi hari minggu papa x keja leh la buat..


Ayam percik merah,dengan ikan percik..biasa ayam percik putih,tapi kali ni buat yang merah la pulak.


kuih akok beli kat kedai,syukur dapat jugak merasa kuih ni,sedap..kalau kat sini dah kira sedap dah,tapi bagi mama belum la mencapai tahap kesedapan maksima..teringat pulak ada satu kedai akok yang mama tahu dekat kelantan tu memang sedap sungguh,akok padang ngang,tiap kali balik kampung memang x penah miss,WAJIB beli..x kira bulan puasa ke x kedai ni tetap beroperasi...memang x cukup tangan tuan punya kedai ni,kadang tu kena tempah dulu baru boleh dapat kalau x melepas la..yer lah kita di tempat orang memang la x sama dengan kampung sendiri..bak kata pepatah hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri..baik lagi negeri sendiri.

Durian sebagai pencuci mulut.

Juadah berbuka puasa hari sabtu..29/8/09 bersamaan 8 Ramadhan 1430H.


0 comments: