Sweet Heart

Sunday, August 30, 2009

Merdeka...Merdeka..Merdeka..





MERDEKA!!!..MERDEKA!!!..MERDEKA!!!...
(Wah patriotik la pulak yer)

Alhamdulillah tahun ini kita semua menyambut hari kemerdekaan yang ke 52tahun..kita masih lagi hidup dengan aman tanpa cekaman penjajah..terima kasih kepada pejuang2 bangsa yang terdahulu kerana telah berjasa kepada agama,bangsa dan negara demi mencapai keamanan yang telah kami nikmati hingga sekarang.sama2 lah kita berdoa agar negara kita akan sentiasa aman bebas daripada kuasa penjajah,dan bebas daripada dibelenggu oleh wabak Influenza A H1N1..Amin.

Saturday, August 29, 2009

8 Ramadhan 1430H

SABTU..datang lagi,dah seminggu umat islam menjalani ibadah puasa,sekejap je rasanya dah seminggu berlalu,lebih kurang 2minggu lg dah nak balik kampung,lebih kurang 3minggu lagi dah nak raya..aduhai x sabar rasanya..dalam seminggu puasa jenuh jugak nak mikir menu untuk berbuka puasa,masak sendiri ada beli pun ada..minggu ni rasa cam nak makan ayam percik jer,lama dah rasanya x makan ayam percik buatan sendiri,kalau dulu selalu jugak la buat,bukan apa malas nak hidupkan api sebenarnya,mama ni kalau bab2 nak hidupkan bara api ni memang failed la,kena papa jugak la yang buat..jadi hari minggu papa x keja leh la buat..


Ayam percik merah,dengan ikan percik..biasa ayam percik putih,tapi kali ni buat yang merah la pulak.


kuih akok beli kat kedai,syukur dapat jugak merasa kuih ni,sedap..kalau kat sini dah kira sedap dah,tapi bagi mama belum la mencapai tahap kesedapan maksima..teringat pulak ada satu kedai akok yang mama tahu dekat kelantan tu memang sedap sungguh,akok padang ngang,tiap kali balik kampung memang x penah miss,WAJIB beli..x kira bulan puasa ke x kedai ni tetap beroperasi...memang x cukup tangan tuan punya kedai ni,kadang tu kena tempah dulu baru boleh dapat kalau x melepas la..yer lah kita di tempat orang memang la x sama dengan kampung sendiri..bak kata pepatah hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri..baik lagi negeri sendiri.

Durian sebagai pencuci mulut.

Juadah berbuka puasa hari sabtu..29/8/09 bersamaan 8 Ramadhan 1430H.


Sunday, August 23, 2009

1st Day Ramadhan

First day puasa,ini aje lah juadah kami sekeluarga untuk berbuka puasa,lauk pauk je mama sempat buat,kuih muih x buat la..beli kat kedai jer..cakap pasal kuih muih ni teringat pulak kat kampung,bestnya kalau kat semenanjung macam2 kuih boleh dimakan,nak beli pun boleh nak masak pun boleh..bak kata pepatah tepuk dada tanya selera,huhu..tak sabar nak balik kampung dah..


kalau kat kelantan orang panggil kerisik,kat tempat lain x tahu la panggil apa,makanan ni famous bila ada kenduri..ni papa la ni mengidam nak makan kerisik..haha.

Gulai daging sempoi..

Elok je ikan tu duk posing 3 ekor,haha..peace!!.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.



Assalamualaikum kepada keluarga,kawan2,sahabat handai,kepada pembaca2 blog ni (kalau ada yang terbaca la),dan kepada seluruh umat islam diluar sana..pejam celik pejam celik kita dah semakin hampir dengan bulan ramadhan iaitu bulan yang penuh kemuliaan,dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa,semoga ibadah puasa kita tahun ini akan lebih mendapat keberkatan dan mendapat lebih berlipat ganda pahalanya..sempena bulan mulia ini juga mari lah kita sama2 mendoakan agar kes H1N1 akan cepat2 terhapus,agar kita semua dapat meraikan aidilfitri dengan aman dan damai,dan bebas menikmati hidup seperti sediakala,sama2 lah kita doakan...Amin.

Friday, August 14, 2009

Blackout

Sejak seminggu dua ni dalam satu hari tu mesti x der eletrik,skali xder makan 2,3 jam,tiap2 hari pulak tu..maklumat terbaru pulak mengatakan keadaan ini akan berterusan sehingga oktober nanti..hadoi..tension betul kalau macam ni,kalau setakat seminggu dua tu boleh lg penduduk sandakan ni sabar..ni makan masa berbulan2,apa kes????????????????????.ni mula la nak mengomel,kan kalau lelebih lain lak jdnya..apa masalah yang dihadapi oleh SESB kami pun x pasti,mungkin jugak masalah ni memang x boleh nak dielakkan,apa pun diaharapkan sangat agar perkara ni tidak berpanjangan seperti yang di warwarkan..
Aktiviti erisya bila xder letrik..



Kipas Bateri bila dah x der elektrik..

Ni pulak kipas ajaib mama,bila kipas dah kehabisan bateri terpaksa la pakai kipas manual mama pulak.

Thursday, August 13, 2009

Ba..Ba..Ba..

Ni la ba..ba..ba erisya,cakap nak keluar je nak ba..ba..tapi skarang ni x der la nak ba..ba dah..berkurung jer..
video

Sunday, August 9, 2009

Hari Ini

Bosanya rasa hari ni..kemarin dah kluar..mlm ni rasanya x kluar dah kot..sejak virus Influenza A H1N1 senang kata (selsema babi)yang makin mengganas menyerang dunia & negara ni rasa cam gerun je nak kluar mana2..terutama kat tempat2 sesak..walaupun di sandakan setakat ini belum ada lg kes kematian dilaporkan,tapi kita harus berjaga2 dengan wabak ganas ni..mintak simpang2kan lah wabak ni..

sejak sari dua ni plak mama rasa pedih2 tekak,ingat nak selsema..tp sampai skarang x der tanda nak selsema pun,mungkin sbb cuaca skarang ni panas,badan plak kekurangan air tekak jd kering sbbtu jd pedih,tapi hari ni pedih tekak tu dah hilang dah rasanya..alhamdulilah..tak sia2 beli air 1oo+ berbotol2..sambil tu cek2 gak lah suhu badan takut2 demam x sedar,langkah berjaga2 tengok lebih pada tahap normal kena terus pegi klinik..zaman skg ni x leh dibiarkan..alhamdulillah stakat ni suhu badan pun normal je..35.9 - 36.3 (erisya punya termometer mama pinjam).

Belajar masak...disebabkan sekarang ni dah jarang keluar maka anak dara ku nampak bosan je dia dirumah..maka mama cari la idea nak hiburkan hatinya..ajak main masak2,main jongkang jongkit..haha (guna kaki)kadang tu main ba..ba pun ada jugak..naik atas belakang mama..adoi sempot mama..x pe la yg penting dia happy.

Tak cukup siang main masak2 dengan mama,malamnya plak dia paksa papa main masak2 ngan dia haha..habis periuk belanga mama dia wat main.

Thursday, August 6, 2009

Main Air .......

Pantang tengok papa nak basuh kete dia dulu yg laju...

Laju nak main air.....





Haaaa.......kan dah lenjun basah.

Monday, August 3, 2009

Picnic

Hari minggu ni xder aktiviti menarik sebab papa kena buat kelas weekend,jadi kami dua beranak berkurung je la kat umah,berkurung 24jam tu x der la..sbb petangnya lepas papa habis kelas boleh lagi pegi pasar,pegi jalan2..malamya plak boleh lg pegi cuci2 mata kat supermarket..jadi petang ahad tu lepas gi makan roti canai kat zakaria ingat nak terus balik umah pastu mama teringat plak cik nurul ajak picnic jadi kami pun saja2 la try masuk ilp jap..tengok cik nurul cik ruzi syiok je duk picnic mama pun join la skali..siap ada bbq ayam,udang,jagung,macam2 makanan lg ada.


Adegan shahrukh khan dengan kajol berkejar2ran ditaman tasik..huhu..