Sweet Heart

Wednesday, September 19, 2018

Kak ngah turns 7

6 september Hari lahir kak ngah yang ke 7,mama buat kek monogram nombor 7 red valvet cake with topping cream cheese..dan mama juga sempat buat chocolate buquet..semoga kak ngah menjadi anak yang baik,solehah,rajin,beriman bertanggungjawab,sentiasa di bukakan pintu rezeki seluas lautan,di panjangkan umur,dirahmati Allah s.w.t..kami



Tq papa sudi tolong mama merialisasi kan kek ni.




Saturday, September 1, 2018

Ketupat Palas Warisan Arwah Nenek


Assalamualaikum..aidiladha 2018 mama nekad nak cuba buat ketupat palas..rasa tak lengkap raya tanpa ketupat palas seperti arwah nenek ada dulu..jadi tak jadi belakang kira yang penting aku nak cuba buat..
*Pulut dan air gula campur santan dan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak manis ketupat.
*ini pulak proses mengarung(mengaul) pulut dan air gula dan santan tadi.

*hasil setelah siap di arung
*ini adalah proses membungkus ketupat..alhamdulillah mama masih boleh bungkus seperti ketupat arwah nenek buat..masih terngiang2 kata2 nenek dulu..dalam ramai2 anak2 cucu dia mama sorang je mampu bungkus ketupat macam dia..yang lain boleh bungkus tapi x sama cara dan bentuknya.malah ada yang pulutnya keluar dari bucu ketupat.
*alhamdulillah syukur masih boleh melihat bentuk ketupat pala macam arwah nenek bungkus.
Ini lah hasilnya bila dah siap sepenuhnya..perasaan mama tak dapat nak digambarkan dengan kata2 sangat gembira,seronok,puas..bila mama berjaya buat,tak sangka mama akan buat sebab dari kecik duk tengok arwah nenek buat dalam hati selalu berkata apa lah susah2 nenek ni buat ketupat palas ni,proses membuatnya dari pagi sampai malam,kadang2 pagi raya nenek masih belum siap bungkus lagi..mata nenek sampai bengkak sebab tak cukup tidur semalaman nak siapkan membungkus ketupat ni..susahnya nak buat ketupat ni..fikir mama kenapa la nenek susah2kan diri buat,buat je la kuih2 yang senang macam kek ke biskut cepat pun cepat..rupanya bila mama dah rasa sendiri buat baru mama tahu betapa rasa puasnya bila berjaya buat ketupat ni.. aidiladha kali ni mama sangat puas..kalau arwah dapat tengok ni tentu dia rasa bangga..sekurang kurangnya mama boleh buat..mama tak biarkan tradisi keluarga kita pupus begitu sahaja..insyallah raya akan datang mama akan buat lagi sampai jadi sama macam arwah nenek buat..